Encik technician.. i love u..

Assalammualaikum..

Hihihihi..rasa geli hati mengenangkan tajuk entry kali ni.. baunya mcm drama swasta jam 7..sesekali aku mmg romantik!

      Rasanya tak pernah lagi buat entry tentang papa dania..lelaki ke 4 yang masuk dalam hidup aku selepas, atuk sabah, atuk2 belah mama dan bapa..seterusnya papa dania hadiahkan aku 2 lagi budak lelaki yang kekadang cukup buat duniaku berpusing 360 darjah tapi selalunya mereka cukup menbahagiakan.. namanya pun lelaki..lelaki2 dalam hidup saya..mmhhh..hehehe

      Hampir 20 tahun usia perkenalan kami, termasuk 15 tahun hidup sebumbung.. dan insyaAllah perjalanannya masih cukup panjang. sebagai pembaca muka buku yang tegar, pemerhati yang agak baik.. aku banyak mendengar kisah2 percintaan dan rumahtangga..macam2..dari kisah bahagianya rumatangga si polan, kisah sweet couple yang kawin di usia muda, kisah bahagianya bercinta selepas nikah, kisah percintaan ala2 cinderella n beauty n the beast yang berakhir dengan wedding of the year.. (alhamdulillah..) hinggalah kemudian muncul cerita2 masam dan pahit kelat..berpisah setelah 2 tahun melayari bahtera bahagia..kerana tak sefahaman (itupun selepas 15 tahun bercinta)..kemudian bersambung dengan rentetan tuntutan anak dan nafkah di mahkamah (yang ni agak emosi)..belum lagi kisah2 menyesakkan dada..dera anak dan isteri, kekadang suami, kes suami atau isteri di tangkap khalwat adusss..tak nak komen panjang..cukuplah menjadi renungan dan pengajaran dalam melayari bahtera perkahwinan ini..( entah kenapa teringatkan lagu bahtera merdeka.sayu jap. di sebalik keromantikanku terselit juga semangat patriotik..hahaha).

      Seriously, kisah2 diatas buat kedut kat dahi ni bertambah..aduhai.. sesungguhnya, perkahwinan itu adalah satu pengembaraan, yang penuh dengan tanggungjawab, penuh dengan amanah yang seharusnya disulami dengan cinta. ada yang kata perkahwinan ni satu perjudian..bagi aku entahlah..aku rasa ia adalah satu proses pembelajaran..penuh dengan try n error, kena sentiasa kreatif, inovatif, cuba , baiki dan ubahsuai..dan penggeraknya tentulah aku dan papa dania..kamilah sainstis dan orang seninya..sampai bila..sampai mana? sejujurnya aku tidak pasti, kerana penentu takdir jodoh, pertemuan dan perpisahan tu hanya milikNya. Aku doakan biarlah hingga akhir hayat kami. seperti biasa formulanya usaha, doa dan pergantungan kepada Allah..

       Penah ada yang bertanya kenapa papa dania? bagi aku kenapa tidak..??..aku bukannya anak hartawan yang lahir dalam bilik yang penuh dengan emas permata, aku bukannya lawa sangat (lawa sikit je..korang janganlah compare ngan model minyak wangi)..aku banyak kelemahan..dan sebab tu aku tak berangan nak lelaki yang lebih baik dari aku.aku dididik untuk bergantung pada diri sendiri,sebab itu aku kena belajar rajin-rajin, mama kata jangan bergantung pada duit suami (hihi tapi yang mana wajib aku tuntut juga ikut kemampuan, namanya pun wajib)..sebab tu agaknya aku tak pernah ada kriteria calon suami kena majistret..lawyer etc.aku yakin rezeki Allah itu maha luas. cukuplah lelaki yang sayang aku lebih daripada aku sayang dia..dan papa dania..lulus semua ujian ketahanan mental dan fizikal yang aku kelolakan..hahahaha..dia teman susah dan senang.  best couple ngan dia sebab tiap kali dtg UPM mesti bawa makanan..mangkuk tingkat tu yang paling terharu.. disamping kisah sebungkus nasi lemak dan teh tarik..(kisah ni biarlah rahsia)..praktikal kat melaka dia datang setiap minggu hanya sebab nak bagi aku makan..(mmg aku membesar dengan bahagia).. yang paling penting bila kami berborak kami gelak tak ingat dunia..dia mmg lucu!

        Masih segar dalam ingatan, macam baru semalam.. kawan biasa2 saja..boyfren..tunang..suami..dan papa kepada anak2 aku.. selebihnya aku boleh tulis novel dia chefwanku, suamiku suri rumah separuh masa, suamiku si pendengar setia..dan byak lagi akan menyusul..hehehhe..segala2nya kami mulakan daripada bawah.daripada dulu hingga seadanya sekarang..tak kaya tapi sekurang2nya kami bertambah bahagia.Allah sentiasa cukupkan rezeki kami, alhamdulillah berkat doa mama, bapa, dan mertua..bergaduh..merajuk..pinggan melayang dah biasa.. kerana kami bukan sempurna,.selalunya aku yang kuat merajuk, dan dia tukang pujuk..rekod paling lama merajuk seminggu.. lebih dr tu tak boleh sebab kesian tgk muka papa dania mcm duda anak tiga..


     Kepada papa, mama nak say tq ..tq..n many2 more tq.. 20 tahun penuh dengan kesabaran (moga2 untuk berpuluh2 tahun lagi, mama tahu mama garang..), tq sebab tolong org pagi2 sediakan breakfast untuk anak2, mandikan anak2, pakaikan baju anak2, sikat rambut anak2, hantar dan ambil anak2 kat sekolah, tolong masak sedap2 untuk kami, ajar anak2 mengaji, tolong sapu dan mop lantar, tolong jemur kain..(aku tak tahu aku buat apa..hehehe) tq juga sebab semua yang papa buat untuk kami.. ada masa mama fikir macam mama permaisuri jer kat rumah ni..hahahaha..


     Aku rasa Allah dah makbulkan doa aku. Allah tak bagi aku suami yang kaya dengan harta, tapi dia bagi aku suami yang kaya dengan cinta..sayang aku lebih daripada sayang aku pada dia.Terima kasih Allah.itu sudah memadai..dia suami yang sangat memudahkan hidupku..

          untuk sekian kalinya... Encik technician .. i love u..


P/s: cerita ni aku tak publishkan kepada umum, hanya yang tersinggah kat sini..mohon doakan kebahagian kami berpanjangan.kami cuba yang terbaik untuk pertemuan dan jodoh yang Allah aturkan, bersama amanah kurniaan yang Maha pemurah, Maha bijaksana...sesungguhnya aku sedang berpegang pada pinjaman Allah, sampai masa pasti akan terpaksa kulepaskan juga..dan biarlah cintaku hanya kerana Allah..
 

         
     

     

      


Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Tadika Little Twinkles's concert n graduation 2012

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..