How to Grow Mint at Home..Easy- peasy!

Assalammualaikum and morning..


Alhamdulillah.. pudina yang berjaya diselamatkan.haha


Bila beli daun pudina kat pasar selalu ada lebihan kan? lebihan daun pudina tu biasanya kita masukkan terus dalam fridge.. lepas tu kita terlupa, bila masa utk bersihkan fridge terus tepuk dahi.. alamak daun pudina dah mati!

So ni nak share cara paling simple dan mudah supaya kita tak rasa bersalah tamatkan riwayat mint tu mcm tu je. 

1. Rendam batang pudina dalam segelas air. 

2. letak kat tempat teduh tapi dapat cahaya matahari yg cukup.

3. Tunggu sampai batang pudina tadi keluarkan akar.

4. bila dah keluar akar then maknanya.. masa utk kita tanam..yayy..

untuk nak bg senang saya gunakan :

  • kulit telur.
  • bekas letak telur
  • tanah semaian (sy guna tanah hitam +vermicompost)
5. Isikan separuh telur dgn tanah semaian, masukkan pudina tadi kemudian masukkan lagi sedikit tanah sampai paras atas telur.


6. last sekali jgn lupa siram. pastikan pokok mint sentiasa dapat air dan cahaya matahari yang cukup. Bila anak pokok dah semakin besar boleh pindahkan terus atas tanah atau pasu yg lebih besar. 

Easy-peasy kan..Selamat mencuba..




Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Tadika Little Twinkles's concert n graduation 2012

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..