Posts

Showing posts from 2018

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

B40.. tiga bulan kebelakangan ini 3 aksara ini sentiasa berlegar-legar dalam kepala. Kalau B40 itu maksudnya ukuran pendapatan 3k, 2k malah 1k..hatta di bawah 4 ratus sebulan pun aku tetap anak B40. Cuma aku bernasib baik kerana duduk di kampung, masih ada tanah dan rumah yang tidak perlu disewa, masih ada tanah yang kami boleh bertanaman di atasnya, masih ada lubuk yg kami boleh kail ikan di dalamnya..juga masih ada ulam-ulaman yang tumbuh meliar yang boleh dikais untuk santapan tengahari. Pendek kata rezeki Allah masih terbuka luas untuk kami jika kami..janji usaha.         Aku anak B40, pernah sekali seorang guru bertanya kepada kami di dalam kelas, Siapa antara kamu yang ada peti ais dirumah?..aku pandang kawan2 sekelas, lebih separuh yang mengangkat tangan..aishh serba salah mau angkat tangan atau nda, kalau angkat tangan tipu berdosa, nda angkat pun berdosa..memang di rumah ada aisbuk tapi bukan kami yang punya. aku angkat tangan separuh. dari tepi, tuan puny...