Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

B40.. tiga bulan kebelakangan ini 3 aksara ini sentiasa berlegar-legar dalam kepala. Kalau B40 itu maksudnya ukuran pendapatan 3k, 2k malah 1k..hatta di bawah 4 ratus sebulan pun aku tetap anak B40. Cuma aku bernasib baik kerana duduk di kampung, masih ada tanah dan rumah yang tidak perlu disewa, masih ada tanah yang kami boleh bertanaman di atasnya, masih ada lubuk yg kami boleh kail ikan di dalamnya..juga masih ada ulam-ulaman yang tumbuh meliar yang boleh dikais untuk santapan tengahari. Pendek kata rezeki Allah masih terbuka luas untuk kami jika kami..janji usaha.

        Aku anak B40, pernah sekali seorang guru bertanya kepada kami di dalam kelas, Siapa antara kamu yang ada peti ais dirumah?..aku pandang kawan2 sekelas, lebih separuh yang mengangkat tangan..aishh serba salah mau angkat tangan atau nda, kalau angkat tangan tipu berdosa, nda angkat pun berdosa..memang di rumah ada aisbuk tapi bukan kami yang punya. aku angkat tangan separuh. dari tepi, tuan punya peti ais, sepupuku senyum2 kambing gurun ke arah aku yang dalam dilema ni.kurang asam betul..hahahaha..televisyen? tanya ckg ku lagi.. kali ini aku pegang tangan kananku kemas-kemas. supaya dia nda pandai-pandai terangkat nanti. sehingga kini aku tidak faham kenapa ada soalan yang sebegitu. Adakah sedang buat bancian atau ingin menambah kosa kata kami berkaitan alat elektrik di rumah. Sememangnya rumah kami tiada apa-apa, kami pindah masuk dulu dalam keadaan rumah yang belum 80% pun siap, berbekalkan selimut,bantal, tikar dan sikit peralatan dapur ihsan yongto dan arwah maktoku. (semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beramal soleh). Bila hujan tempias pasti masuk melalui tingkap yg tiada cermin. Mama bilang biar susah asal di rumah sendiri, makan atau nda orang nda tahu. Jangan meminta-minta.

       Aku anak B40, selain daripada soalan di atas, yg aku serba salah nak jawab adalah Apa kerja bapa kamu? aduhai..sejujurnya aku sendiri tidak tahu. karang ku jawab detektif pasti tiada siapa yang percaya, waktu kecil dulu bapa selalu tiada di rumah, kalau tak ke KK mesti ke KL..mama kata bapa pernah jadi cikgu, pernah kerja, immigration,SAFODA.. sabah forest lebih kurang, ada masa dia berniaga padi. Pernah sekali dia usahakan kilang padi bersama rakan kongsinya. Jadi bila nak isi kad biru tu mama bilang isi ja bekerja sendiri. Di surat beranak tertera PETANI.. ini lagi menghairankan, nda pernah ku lihat atuk diorang putri ni turun ke sawah padi. Tapi hobinya memang suka menanam buah-buahan atau sayuran.

       Aku anak B40, dulu ke sekolah orang berkereta kami berjalan kaki. Ada masanya perhimpunan dah mula baru kami sampai.Pakaian lusuh kasut berlubang itu biasa. Ramai lagi yang susah macam kami. Pernah sekali sebab sangat-sangat terpaksa saya cakap dengan arwah makto.Hari tu hari sabtu, besok hari ahad biasanya makto akan ke tamu. Makto,..perlahan ja suara.. (rasa serba salah meminta-minta)... bolehkah kalau makto ada duit, saya minta beli kasut? Kasut sekolah saya tapak dia sudah terkopak. Makto diam..dia suruh ukur dengan tali rafia. lepas tu gunting. tali rafia tu dia simpan dalam poket baju kemejanya. Malam tu, makto datang rumah. hantar kasut. kasut putih berjalur hijau. Kasut murah, tapi sangat mahal nilainya bagi saya anak B40. Lagi-lagi pemberian makto kesayangan kami. Saya sayang kasut tu..bukan sekadar kasut biasa tapi tanda sayangnya makto kami pada kami..betapa dia selalu tekankan untuk kami belajar bersungguh-sungguh. makto bilang.. nda ada duit nda apa janji ada ilmu.Belajar rajin-rajin tolong adik-adik. Ya Allah di saat jari laju menaip..semakin rindu aku pada arwah. rindu yang tak berpenghujung..semakin deras jugalah air mata ni jatuh.

       Aku anak B40.. sekolah kampung..tiada tuisyen..tiada buku rujukan.. tiada apa. cuma mengharap ihsan ckg buat kelas tambahan. Dengan tiada apa-apa itu bekalanku hanya kata-kata semangat dan doa seorang mama. Mama bilang dalam keluarga kita belum ada yang masuk U. Saudara-saudara kita belum ada yang masuk U. Nanti anak mama ni jadi yang pertama masuk U. Masuk SBP.. macam bapa. Tajaan Biasiswa yayasan sabah sepenuhnya. Itulah mama, walaupun sekolahnya nda tinggi tapi selalu buat saya bermotivasi. Sejujurnya UPSRku hanya 2A2B. ini kalau khalif dengan memang habis mamanya diketawakan. Dia nda tahu betapa susahnya mama dia mau dapat A tu. Paling tinggi pun hanya ada seorang yang dapat 3A1B. 2A2B, naifnya aku waktu tu.. aku pergi pejabat sekolah jumpa HEM sendiri minta surat sokongan untuk mohon SBP. tanpa borang pun. surat tu aku bagi dengan bapa minta tolong hantar ke KK.. entahlah ke mana surat tu sekarang agaknya..hahaha. Dengan semangat di mana pun kita belajar sama ja yang penting usaha kita,  aku pun sambung sekolah menengah di kampung. Tapi sebenarnya masih simpan keinginan ke sana. Dalam hati habis PMR nantilah.. PMR, paling tinggi di sekolah.. tapi cuma 5A3B..tetapi akhirnya pelajar yang dapat 4A 4B itu juga yang berjaya ke SBP.. rezeki dia kan.

         Tingkatan empat bapa hantar ke SMK Sulaiman atas tanggungan sendiri. jangan tanya macam mana anak B40 boleh belajar sampai malaya (panggilan beliau-beliau utk semenanjung). Kan saya dah kata saya tak tahu bapa saya kerja apa. hahaha. yang pastinya kalau dia mampu dia sanggup bayar berapa pun untuk pendidikan anak-anaknya. Sebab itu setiap sen duit yang dia keluarkan untuk bayar tiket kapal terbang MAS belanja untuk teruskan hidup, yuran dan buku-buku semua tu saya perlu ganti dengan keputusan yang baik. nda dapat masuk SBP nda apa.. yang penting mesti masuk matrikulasi, itu cara paling cepat masuk degree dan seterusnya bekerja. kena cepat sebab adik-adik saya juga adalah anak B40. Alhamdulillah matrik perakaunan UPM (walaupun saya tiada basic akaun di sekolah menengah). Bapa saya buat kenduri sebab saya yang pertama masuk U, doa mama saya dimakbulkan. Makcik saya bagi saya 3K untuk persediaan sambung belajar. Kemudian 1998.disaat saya perlu memilih course di peringkat degree disitu juga berlaku kegawatan ekonomi, (cikgu Ekonomi sekolah menengah kata 10 tahun sekali) banyak bank yang merge. sudah tentu ramai akauntan yang akan diberhentikan. Tanpa fikir panjang saya pilih Perakaunan dengan pendidikan.. ya, cikgu itu mungkin yang paling sesuai untuk saya.

      Aku anak B40, dan itu bukan pilihanku. Aku juga tidak memilih untuk keturunan, anak-anakku, cucu-cicitku nanti terus-terusan menjadi anak B40. Aku tidak mahu mereka merasa peritnya bila belum hilang letih berkais di pagi hari sudah kena fikirkan makan apa malam nanti? bukan sebab banyak pilihan tapi sebab memang tidak ada.  satu pun untuk dipilih. Keluar malam balik pagi untuk RM30, (narad dan mengampas padi, siangkan panas..dulu2 mana ada jentera penuai macam sekarang)..sumpah kalau hari ni ada orang offer memang tak sanggup lagi rasanya. Aku tidak mau mereka berjalan kaki ke sekolah dengan pakaian lusuh dan kasut berlubang-lubang.aku mahu mereka selesa ke sekolah, aku juga mahu mereka bersekolah di sekolah yang mereka mahu..untuk itu hanya satu jalan.. pendidikan. Macam arwah makto bilang..

         Kepada putri sulungku aku selalu berpesan, belajar rajin-rajin. Pesanan yang sama macam pesanan arwah makto. Anak sulung adalah benchmarking untuk adik-adik. Alhamdulilah .. walaupun putri kami tak banyak bicaranya.. tapi tidak pernah sekali dia ingkar. Dia anak yang yang cukup taat. Cukup mudah untuk dibentuk..disebalik air mata yang terlalu murah.. dia punya kekuatan yang dia bina sendiri dari dalam.Nampak teragak-agak tapi dia cukup jelas dengan apa yg dia mahu.pernah waktu streaming kelas darjah satu, dia menangis sebab tak dapat kelas Adnin.Mungkin dia dengar perbualan kami tentang susunan kelas ikut ranking.Tak sangka dalam diam, diusia itu dia ada kemahuan untuk kelas yang terbaik.berminggu juga nak pulihkan semangat dia. takpe kakak mama bantu kakak, kakak belajar rajin-rajin tahun depan kakak masuk Adnin, akhirnya dia ke Adnin jg. Sebagai anak sulung bohong kalau dia nda pernah dimarah. Tapi mungkin sebab jiwa sensitif yang mudah terasa, dia pandai pujuk hati sendiri. Putri kami tidak sempurna, dan tidak ada yang sempurna melainkan Dia, cukuplah dia istimewa di mata dan di hati kami.

           2016, putri kami mula bertanya-tanya tentang MRSM.. mama saya mahu masuk igcse boleh?.. masa tu aku sendiri pun tak tahu igcse tu apa, mau sebut pun tersalah-salah lagi. Boleh kakak, mesti boleh tapi kena cemerlang pelajaran..koku pun kena cemerlang..kakak tak boleh diam. kena kuat. seperti biasa dia akan menganguk faham. 2017, putri kami pendiam orangnya. Dia bukan jenis datang kepada saya dan peluk dari belakang dan cakap mama saya sayang mama..mama wangi.mama itu dan ini..mama nak cium..mama nak peluk.. itu khalif dan adiknya. bukan putri dania kami.Biasanya bila adik-adiknya berebut2 nak baring di perut mama diorg yg yg mcm tilam vono ni.. dia pula akan duduk di satu sudut..dengan buku atau rancangan cartoonnya..sesekali dia pandang-pandang juga ke arah kami. itulah yang saya risaukan. Tapi tahun ini rezekinya dicadangkan oleh GPK koku sekolah untuk masuk Tunas Puteri. Bertungkus lumus jugalah dia menyiapkan 4 buah fail dari cuti sekolah disember 2016, hingga bulan September,  keluar untuk camping beberapa kali peringkat negeri, dan akhirnya ke peringkat kebangsaan Anugerah Tunas Puteri. memang kesian, tetapi pengalaman berharga untuk dia, terima kasih kepada Ustazah Syikin yang selalu bagi dia motivasi. Dalam pada tu sempat juga dia menyertai pertandingan pemilihan Tokoh NILAM peringkat Daerah kategori Bahasa Inggeris (tempat ke 2) dan lulus gred 4 Exam ABRSM Pianonya. Tahun ini membuatkan mama sedar yang kakak sebenarnya kuat. lebih kuat dari mama. kemahuan kakak kuat. Tahun ni juga mama akan ingat sampai bila-bila, sebab ini adalah kali pertama kakak turun nombor dua.. sedih hati kakak..hati mama lagi remuk tengok kakak down. Down yang membawa hampir ke exam P1 2018.kakak senyum depan mama, tapi cikgu-cikgu kata kakak masih sedih di sekolah.. nasiblah kakak cepat bangun semula.

       2018; berbaki semangat yang ada, kakak teruskan usaha, sebab dia mahu MRSM igcse. Hampir setiap minggu dia singgah di library awam, pinjam buku dan kebanyakannya BI.. mama saya nak tambah bahasa yang bombastik katanya. Cikgu kata boleh dapat markah tinggi. Entah bila masa dia baca buku-buku tu, latihan homework yang dia bawa balik pun buat aku pula yang letih menengoknya. Itu pun separuh daripadanya dia siapkan sementara tunggu papa atau mamanya jemput di library. Hujung minggu di tambah dengan buku-buku latihan yang aku belikan.. nasib juga dia tak pernah ke kelas tuition dari dulu. Dia fahamkan dalam kelas dan buat sendiri sesekali dia bertanya kalau nda faham. Hingga ke saat akhir exam masih ada kelas tambahan.termasuk bengkel teknik menjawab untuk semua subjek. Semuanya dia hadir, tanpa gagal tanpa rungutan. Dia faham bukan mudah untuk ke MRSM.. dia kena berusaha. Sebab itulah yang mamanya selalu pesan.

           Laluan putri kami tidak semudah yang disangka, Pagi hari pertama Exam UPSR, dia demam selsema.dia mengadu sakit kepala, sangkaanku mungkin sebab dia nervous atau takut. Tapi bila sentuh dahi memang panas sedikit. Risaunya hanya Allah yang tahu, saya menangis dalam hati.. mengapa hari ini? kenapa pada hari yang dia perlu sihat dia sakit..pagi tu tiada kelas saya minta izin utk datang jenguk dia sebaik BM pemahaman selesai. Alhamdulillah dia kuat. sebelum masuk exam sempat juga saya peluk dia sekejap.Semoga pelukan itu pengganti ubat selsema yg saya tak boleh nak bagi sebab takut dia mengantuk.  Hari ke 3, Exam Math.. kali ni masih ada sisa demam dan ditambah dengan sakit perut. Period pain. Menakutkan sebab subjek ni yang biasanya dia susah untuk kekal 90 lebih% ke atas. Pada ketika ini hanya mampu bekalkan dia doa..doa.. dan doa. Math1 senang katanya lega bila tgk dia senyum. Petangnya kakak sambung kelas tambahan sains untuk exam besok. sekali lagi aku jadi risau bila adik2nya kata nampak kakak nangis kat kantin tadi. nampak air mata kakak jatuh..kakak diam je tak makan. aduhai, tambah tak keruan dibuatnya. Petang tu bila jemput kakak dari jauh dia senyum. mata nampak merah.bila ditanya math 2 senang sayang? ok mama saya boleh jawab. aduhai masih mampu untuk senyum masih kuat untuk kata semua ok, sebab dia tak mahu mama dia risau, dia pendam sorang2. mama dengar kakak nangis.. dia diam, tak lama kemudian air mata dia jatuh lagi entah kali ke berapa minggu ni.Perlahan saya peluk dia..dalam minggu ni juga saya paling banyak peluk dia, mungkin lebih banyak berbanding sepanjang 8 bulan yang lalu. mama, ada dua soalan yang saya tak pasti sebab saya tak cukup masa. soalan tu panjang tapi saya cuba siapkan.sambil teresak2 takpe kakak dah usaha, jangan risau fokus utk exam besok, yang lepas biarkan. nanti mama minta pada Allah supaya bantu kakak.

           Malam tu kami belajar sama-sama, cuma soal jawab dan imbas sikit-sikit. Tidak banyak yang mama perlu bantu, cikgu2nya dah ajar dengan baik. Dia cukup bersedia untuk subjek ni. Pagi tu memang dah pesan yang mama tak akan datang pagi ni, mama ada kerja sikit, tapi hati seorang mama tak pernah salah, pasti ada sesuatu yang tak kena. Aku siapkan mana yang sempat, dan terus ke sekolah..sebaik je melangkah masuk corridor ke dewan tempat anak-anak berkumpul selepas habis waktu exam, Cikgu Haida dan beberapa orang cikgu melambai cemas nun jauh dihujung corridor.., Riz cepat..masa ni mcm2 yang aku fikirkan. Apa yang terjadi..pengsan ke putriku..sakit ke dia..sempat tak dia jawab exam.. nasiblah sempat sedarkan diri sendiri supaya tenang, karang dengan darah tinggi yang tak menentu ni aku pula yang pengsan. Kena tenang kena kuat.perjalanan dari hujung ke hujung corridor tu pun macam berkilometer jauh rasanya..ahh sudah kakak! bergegas balik ke rumah ambil baju baru.. setereka semua.. dalam hati semoga dia cool.. tak down atau malu. Sains 2 akan start kurang dari sejam lagi..bagaimana dengan emosinya... sampai sekolah kami berdua ke bilik persalinan murid..sempat dia senyum, mama soalan kertas 1 senang, apa yang mama tanya ada keluar..saya senyum balik..saya peluk dia dan kata mama tahu kakak kuat..mama bangga dengan kakak..petang itu berakhir lah kisah perjuangan UPSR kakak..

           16/11; hari ini teka-teki bila result UPSR keluar akhirnya terjawab . Hari ni juga hari anugerah sekolah kakak. Kakak Dapat Tokoh Nilam dan Tokoh Kurikulum bagi tahun 2018, disamping tempat pertama dan beberapa hadiah matapelajaran terbaik. Banyak kali naik pentas, bagi pihak putri kami, saya tumpang gembira, tapi jauh disudut hati saya, saya takut dengan Anugerah Tokoh Kurikulum tu. Result UPSR belum pun diumumkan, tidak seperti tahun2 lepas hari anugerah sama dengan tarikh pengumuman keputusan. Macam-macam yang saya fikirkan, layakkah putri kami untuk simpan anugerah ini kalau result minggu depan ni tidak seperti yang dijangkakan. Bagaimana kalau tersasar dari target sekolah. macam-macam boleh berlaku. sedangkan disaat itu saya jg tgh memikirkan apa kata2 yang sesuai untuk pujuk dia incase resultnya tak seperti yang diharapkan. 17/11; kami dikejutkan dengan berita sedih pemergian atuk terengganu menemui penciptanya. bergegas balik ke terengganu..sehingga 25/11 kebanyakkan masa kami hanya berada di jalan raya.

          29/11: tarikh pengumuman keputusan UPSR 2018.Awal2 lagi banyak kali saya kata pada kakak, apapun hasilnya mama terima dengan senang hati, sebab mama tahu kakak dah buat sehabis baik. kerana pada hari itu saya jauh nun di negara matahari terbit. Entah mama jenis apa saya ni, yang tiada disaat hari yang paling penting dalam hidup satu2nya putri kami. Saya pesan awal2 dengan suami check online dulu kemudian baru decide nak bw kakak ke sekolah atau tidak.Apapun yang terjadi tolong peluk kakak kuat2. bagi dia kata2 semangat.

           24/11-27/11 kakak ada RBS di melaka. 26/11-3/12 mama tiada di Malaysia. Alhamdulillah di sebalik sedikit kesulitan pasti Allah ganti dengan sebesar kebaikan.. lebih kurang pukul 11 pagi di Kobe awal sejam dari Malaysia papa hantar result UPSR kakak. 6A. tak terkata syukur saya pada yang maha pengasih dan maha penyayang.Kasih sayang Allah dekat sangat sampai dia kabulkan doa saya, pastinya hanya atas tiket saya seorang mama... kerana saya hamba yang selalu lalai dalam dosa..

       21/12 : Tarikh ini juga adalah tarikh yang perlu diingat dalam diari hidup saya. Hari di mana keputusan MRSM dan SBP keluar. Hari yang mana putri kami asyik bertanya kalau saya dah check MRSM atau SBP. mujur hari ini mereka berhibur di kidzania, mama biarkan mereka bermain sendiri..sementara mencari2 idea apa untuk memujuk hatinya nanti. bagaimana nak sampaikan yang dia tidak dapat kedua2nya. bagaimana nak jawab kalau dia tanya kenapa kawan2nya dapat dia tak dapat..mencari2 di mana silap.. mungkin aku kah yg kurang berdoa..tiada jawapan..sebahagian hati rasa tenang sbb ada peluang untuk dia bersekolah bersama2ku di SMK Sulaiman..petang tu ku capai hphone dan mengarang catatan pada ruangan rayuan ke MRSM. Allah tahu apa yang terbaik..kita merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. berikan laluan pada B40 dahulu kerana mereka lebih berhak..selebihnya jika rezeki ada rezeki tertulis untuk kakak ianya tetap milik kakak. 

         malam tu, dalam perjalanan balik, mama pegang tangan kakak..kakak,ingat apa yang mama kata minggu lepas.tentang B40, M40 dan T20.(menerangkannya buat aku serba salah,  apa pun yang aku terangkan dia tetap adalah mangsanya, bagaikan menidakkan usahanya selama ini hanya kerana dia bukan anak B40 seperti mamanya, tidak seperti bu ongkoknya yang dapat 3 tawaran ke TKC,MRSM di sarawak dan akhinya dia memilih untuk Sekolah Seri Puteri. Adakah sepatutnya aku kekal B40 agar anak2ku nanti juga B40 dan mereka mendapat keistimewaan ini)..pelahan-lahan aku menyusun kata, sebenarnya mama dah check dua-dua.. kali ni dua2 belum ada rezeki kakak. mama dah isi rayuan. kita tunggu dulu ye syg.. takpe mama saya boleh sekolah mama. ada kebaikan juga kalau saya sekolah mama. saya boleh belajar bahasa Jepun.. katanya sambil senyum. mama kenal senyum pahit tu. Sekali lagi dia sedang pujuk hatinya sendiri. saya gosok lembut kepalanya..mama tahu anak mama semakin matang.. dalam usia ini kamu sudah belajar untuk redha sayang. malam tu sepanjang perjalanan senyap..mungkin jg sebab si khalif danial dan adiknya dah tidur keletihan bekerja mencari duit seharian..tapi kami tahu jauh disudut hati putri kami, dia masih mengharap igcse nya.

      dan pagi tadi saya terjaga awal pagi.. hati saya berat.saya perlu menangis.. seharian saya tahan air mata. seharian saya pujuk hati supaya kuat. pagi ini saya perlu menangis. dan pagi tadi saya mengadu lagi padaNya..betapa saya sebenarnya kecewa..putri kami sudah banyak memendam rasa, putri kami sudah banyak kali memujuk hatinya..sendiri. kerana dia bukan seorang yang pandai meluahkan apa yang dia rasa. Tidak sedikit pun dia pernah melukakan hati kami.Akhirnya jawapan yg saya jumpa, redha.. uasaha dan doa. Semuanya akan ok. sabar. kalau itu bukan rezeki yang terbaik untuknya.. pinjamkan dia sedikit kekuatan..ketenangan..teguhkan semangatnya untuk teruskan perjuangan tidak kira di mana pun dia bersekolah..


#simpan sebagai kenangan
#adamasanyakitaperlugagalsupayakitamenghargaimahalnyanilaikejayaan

Edited: 2021.. sekarang putriku sudah 3 tahun di MRSM Kuantan. Alhamdulillah, aku mohon semoga Allah berikan rezeki yang terbaik buatnya. Mudah2an ini adalah rezeki yang terbaik buat Putri Dania.
Aaminn YRA..


     
         

         

         






       
   

       

Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Maafkan mama adik..