Maafkan mama adik..

Assalammualaikum..

Entry kali ini sekadar meluahkan rasa bersalah hati seorang mama, maafkan mama adik. Adakalanya gangguan yang mama panggil kecelaruan harmon ini menyebabkan emosi mendominasi fikiran.. bila hati dan akal sudah tidak berjalan seiringan tingkah dan kata pasti tergelincir dari landasan. Maafkan mama adik..
  Cuti kali ini berbeza dengan cuti2 sebelumnya. Tiada langsung tanda2 teruja seperti selalu, beriya2 khalif dan dania menyebut beberapa taman tema..hurmm..nantilah kakak, cuti ni  x boleh, kita pergi hari lain k..mama..bila kita nak pergi legoland, kena tunggu pokok2 tinggi dulu..khalif tanya dan khalif juga yang jawab..aku sekadar tersenyum..iya sayang..tunggulah pokok2 besar dulu, sekarang ni musim panas..musim panas? huh!..dalam hati, musim panas di hati mama.kadang2 aku sendiri pun kurang faham..pendek kata ada masa aku tenang- setenang2nya..ada masa bagai berperang dengan perasaan sendiri.. tertekankan aku? atau mungkin faktor cuaca..??
   Sepanjang minggu ini aku hilang mood utk buat apa2 pun..punca? jangan ditanya kerana aku sendiri tidak tahu. .dengan papa dania aku merungut2 dan adakalanya merengek x ubah mcm kanak2 tadika..mengadu perihal anak2..mama letih..mama stress..anak2 papa buat mama letih..baby mel asyik merengek2..x mau makan ..nak susu mama jer..mama letih..bilalah baby ni nak berhenti menyusu..bosannya..stressnya bila mama susu kan dia..bagaikan keretapi tanah melayu..tak henti2 aku mengadu...panjang jer komplain..Sejujurnya aku memang letih,  2 tahun setengah adik masih lagi menyusu badan, dua tiga menjak ni adik dah kurang makan, maka makin  keraplah dia menyusu. ada masanya sampai tertidur2 aku dibuatnya bila terjaga dia masih juga melekat. adakalanya papa dania pura2 letak garam..kadang2 sos cili..untuk setengah jam pertama berkesan jugalah..tapi lepas tu dia mengarah lagi..maa duk..nak nyenn..dan buat sekian kalinya mama komplain lagi pada papa..adikkk tolonglah berhenti menyusu!..terasa teruknya diri ini. tergamaknya aku..Ya Allah rindunya pada nikmat ketenangan..lapangkanlah dadaku ya- Rahman.
     Semalam bila lalu depan lido adik jerit-jerit..doo..nak gi doo katanya.oklah adik kita parking dulu..pg bank mama nak bayar hutang dulu... pastu kita gi lido ok!..k!..jawabnya semangat jer. Dalam bank mama kena beratur panjang..cash deposit ada satu jer yang berfungsi..satu lagi dah penuh dengan duit kut..seperti biasa anak2 mama x kira tempat dan masa berlari kesana..kemari..mcm bank tu atuk diorg punyer..pantang masuk bank mesti bergangnam style..eeiii..anak2 siapalah ni..mama tengok papa steady jer menonton aksi2 ryukendo + raksasa gorgon anak2 beliau..seolah2 anak2 itu bukan ana yang punya..huhu..aku?..lagilah..bukan x larang, dah banyak kali..dalam hati biarlah kali ni kita tengok siapa yang kena.ewah2 makin lama makin rancak pula mereka beraksi...tiba2..adik terjatuh..dalam hati biarkan..dan dengan tiba2 juga si khalif terjatuh betul2 atas adik yg masih x sempat nak bangun dari jatuh..kesian adik sudah jatuh dtimpah dek abanglah pula..bila papa angkat adik, mama tgk bibir adik berdarah..kesian anak mama..tapi mama terus berdiri..tengok jer papa bawak adik keluar..tengok jer si khalif menangis2 kejar papa minta maaf..kesian + marah+ geram..itulah gambaran perasaan mama waktu tu..kakak?..lepas 3 minit berlalu baru sedar papanya dah hilang.papa mana mama?.iash..kakak..kakak..
   selesai jer urusan di bank mama terus ke kereta. dari jauh nampak baju adik penuh dengan darah..dari jauh juga kedengaran suara khalif berulang2 minta maaf.minta maaf..taya x tengaja..taya minta maaf..biasanya bila dah buat salah mmg begitulah dialognya. bagai dah dirakam2..mama terus peluk adik, makin kuat pula tangisannya..maa..bang uat..mengadu..nak perhatian lebih sambil tunjuk bibirnya yang pecah..mama periksa satu-satu..papa, gigi adik dah patah..bibir dia pecah..kesiannya adik..tiba2 rasa bersalah pula..kalaulah mama larang adik tadi..kalaulah mama angkat adik mesti adik tak sakit..teruknya mama..tanpa mama sedar air mata mama jatuh lagi..
  Petang tu x jadi adik pg lido, terus balik rumah. mama baringkan adik..lap pelan2, papa sapu ubat gamat. adik menangis lagi. Petang tu juga mulut adik dah macam mulut ikan kaloi. Bengkak..malam tu makin besar bengkaknya. Adik merengek nak air siyap..tapi bila mama bagi, adik x nak minum. sakit katanya..air kotak pun adik x nak minum. malam tu mama susukan adik, bila tersentuh luka, dia terus x nak menyusu lagi.malam tadi adik tak tidur lena..lapar agaknya.subuh2 lagi adik dah bangun. nangis2 ajak jalan2 kat luar. subuh2 tu jugaklah mama terpaksa bawa adik pusing2 kg baru..huhu...sehingga hari ini berkali2 mama cuba susukan adik..takut adik lapar sebab adik x nak makan nasi,geleng2 adik x nak menyusu..mama tahu bukan adik x nak..adik nak menyusu, tapi mulut adik sakit. mama risau, mama paksa adik minum air kosong.sekranag musim panas dik, nanti bibir adik kering..papa tuam2 bibir adik dengan ais..nangis2 adik tahan pedih ..akhirnya adik tertidur juga..
    Adik..maafkan mama sayang. maaf atas ketelanjuran kata. Tengahari tadi mama kata dengan papa, paa..adik x menyusu langsung dari malam tadi, papa kata mungkin lepas ni adik dah berhenti menyusu terus kut yang..termenung mama sekejap. adik menyusulah sayang, mama x akan mengadu lagi.maafkan mama kerana ada masanya mulut mama lebih laju mengeluarkan kata-kata, melebihi kewarasan akal fikiran mama. betapa mama tidak sedar, bertuahnya mama diberikan rezeki oleh Allah untuk terus meraih pahala percuma ini..Ya Allah ampunkan dosaku, semoga aku akan menjadi hambaMu yang bersyukur dan insaf atas nikmat pemberianmu..Aminnn..
 
mulut ikan kaloi adik..





Buat anak2 mama..hari sabtu ni kita pg bercuti yer sayang..mungkin bukan legoland..atau USS tapi mama janji cuti yang singkat ni kita akan enjoy dan mama x akan stress2 lagi..peacee.. ;)

Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..