Aku orang kampung Town Gucci..

Aku orang kampung Town Gucci (bukan nama sebenar)..huh!.termenung lama aku merenung tajuk kat atas tu..tadi waktu berjalan2 itik melawat kawasan ( maklumlah PRU13 dah dekat ni..) bukan main banyak lagi idea nak cerita..ermm..mana nak mula ni?..fikir punya fikir..so aku mulakan dengan ayat "aku anak kampung.."Kampung Town Guccii, Kota Belud", sengaja aku modified nama tu sedemikian rupa supaya lebih sensasi dan glamer gitu...x gitu bu ongkok..?hehe..
     Bila dah orang kampung kenalah hidup mcm org kg kan.. maka x sah lah kan kalau tak main panjat2 pokok(semua pokok pun nak panjat, x ketinggalan pokok pinang dan kelapa yongto ku), main pondok2, masak2..sebut pasal masak2 ni x mainlah main masak2 tanah lumpur ni..kitaorg masak nasi betul2..semuanya kitaorg seludup keluar senyap2 dr dapur..bila time musim buah wani jer (org sini panggil buah kuinin), subuh2 lagi dah hilang masuk pugun (lebih kurang mcm dusun yang dikelilingi hutan)..pungut buah tu..entah pokok siapa entah..x kiralah..janji siapa jumpa dia punya..selagi plastik tak penuh x baliklah kitaorg..bila fikir2 semula..ermm beraninya kami!..sekarang kalau disuruh masuk pugun..ooohhh tidak sama sekali..aku lebih rela beli di tamu! seram you..dalam tu ada pula kubur2 lama..sememangnya aku mmg penakut..
      Tapi antara semua2 tu tetap x boleh lawan hobi aku yang satu ni..tak lain x bukan..mandi liangggg..yeayyy!!(eh eh! sukanya dia)..liang tu tali air..dulu masa kecik2 rasanya lebar je saiz liang tu..airnya pun nampak bersih jer..(nampaklah kan)..sebut pasal liang ni..huishh akulah org yang paling rajin mandi..pagi..petang..siang dan kadang2 malam..manakan tidak sebelah rumah makto ku jer..berejam2 lah mandi..selagi x merah mata..x kecut jari2 kaki sorrylah x kan naik punyer..menjerit2lah yongto kami suruh naik..almaklumlah tengah2 hari buta mandi liang siap buat aksi kuak kupu-kupu..kuak lentang..semua ada. Aksi peberet ku ..haruslah terjunan padu maut...ngan aksi somosop (ni yang seusia dan sewaktu denganku tahulah citer ni kan)..disebabkan hobi melampau ni jugalah roti panjang @ gula2 panjang selalu hinggap kat kaki..sakitnya..kan kok..sakit kan?..di liang ni jugalah ada sketsa gaduh tarik2 rambut tepi liang ngan sepupu kami..idah sorry..x ketinggalan juga drama bawang putih bawang merah...kesian mama kael yg malas mandi tu kena tenobon dalam liang..huhu..dan disini jugalah kami kebal dengan lintah..(ada masa tu naik jer sampai 3. 4 ekor lintah menghisap darah manisku..hehehe..
      Alang2 citer pasal mandi liang ni nak citerlah satu secret..hehe malunya..kisahnya terjadi time hari jumaat..balik dari sekolah..time tu org sibuk2 pg sembahyang jumaat aku sibuk berendam dalam liang..buat aksi badak berendam..kat kg tu ada satu jer masjid.sekolah agama belah petang pun dekat masjid tu jgk..maka semua pun berkumpul kat situ..so, tengah syok2 mandi tu rasa mcm diperhatikan jer kan..tau2 geng2 lelaki kelas ku tercongok jer kat jambatan tu..adalah dalam 3, 4 org..owwwwhhh!!! malunya aku..salah sorang tu aku mmg minat jgklah..minat dlm diam2 jer..lebih thrill gitueww..hehe..ehhh jauh benar diorg ni datang..boleh pulak tersesat kat kg aku ni..apa lagi aku terus menyelam dalam2..lama jugaklah aku menyelam..nasib baik hidup lagi..huhu..
      Semakin seronok pula aku bercerita..(sorrylah jika aku syok sendiri)..banyak benda nak cerita, tentang sawah padi kami..simpang empat..tamu kami yg glamer tu tapi nantilah..kita sambung sebaik sahaja aku pulang dari kampung..sekarang makin menebal rasanya kerinduan ku terhadap kg halaman..rugilah org bandar yg x ada kampung kan..post yg akan datang..Insyaallah akan kulampirkan dengan gambar2 kampungku yang glamer itueww..supaya u olls semua dapat imagine betapa seramnya pugun itu..dan betapa bestnya liang kami..apa2 pun aku orang kampung dari dulu..kini dan selamanya...Wassallam..
     
     

Comments

  1. Mna crita kna gigit lintah masa empo*** di ranau sblh pugun tu?.. ewwh! buat2 lupalah tu.. Kenangan kita yg pling xdapat kulupakan.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. antara kita ja ah..kok ngan tentirut pun nda tahu..sssshhhh...

    ReplyDelete
  3. Hahaha... kenangan paling kelakar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..