Hadiah tahun baru untuk mama..

Assalammualaikum..
Sayonara 2012..Hej 2013!..
Masih tidak terlambat utk aku mengucapkan salam 2013 untuk semua. Doaku semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. 2012,  ku tinggalkan kau dengan seribu kenangan dan pengajaran yg pasti sebahagiannya akan ku jadikan bekalan untuk 2013 ini. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan utk melaksanakan tanggungjawab sebagai anak,kakak, isteri, mama, cikgu dan yang pasti, hambaNya yang Maha esa dan di ambang 2013 ini, ingatanku melayang teringatkan  insan teristimewa yang jauh  di mata tetapi sentiasa dekat di hati kami....


Dia tidak kaya harta, tapi kami tidak pernah miskin kasih dan sayangnya,
Dia  bukanlah "iron lady". namun cukup gagah membesarkan kami,
Dia tidak tinggi pelajarannya, tapi cukup bijak untuk menyedarkan kami pentingnya ilmu,
Dia bukan artis mahupun primadona terkenal, namun suaranya mampu menenangkan hati,
Dia bukanlah peguam mahupun ahli politik yang bijak mengatur bicara namun nasihatnya cukup bermakna,

Dia mungkin tidak tinggi ilmu agamanya, sudah tentu bukanlah seorang ustazah
 namun,
dia mengajar kami antara hitam dan putih,
dia mengajar kami agar berbuat baik sesama manusia,
dia mengajar kami jangan ada perasaan hasad dengki,
dia mengajar kami jangan curi hak orang,
dia mengajar kami banyak perkara,
dan yang pastinya di saat kami berduka dia mengajar kami agar percaya dan yakin pada kasih yang Maha Kuasa...

mama....insan penyabar yang sungguh luar biasa..
dulunya dia seorang pencinta yang setia,
taat mengabdikan diri pada Allah, tidak kurang juga pengorbanannya utk kami sekeluarga,
memang begitu kasihnya..
dari dulu kini dan selamanya..tidak pernah berubah..

mama..di tahun baru ini,
kami doakan agar mama sentiasa bahagia,diberikan kesihatan dan ketenangan olehNya,
kerana kami tahu untuk kasih mama yang tidak pernah bersyarat,
bukan BMW, bukan Prada bukan juga percutian mewah bayarannya, 
cuma hanyalah secebis doa...




Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..