Goldcoast aku datang....
Assalammualaikum
Sedikit maklumat ttg Goldcoast..kut2lah lpas ni ada yg teringin nak pergi..GC Morib ni sebenarnya lebih kurang resort theme park lah..area kuala langat, lebih kurang dalam 1setengah jam dari KL..(kalau naik keta lah kan kalau naik kapal terbang lagi cepatlah kut dari naik basikal..hehehe..jangan marah..gurau2 je..).Tapi yang sebenarnya kalau u olls nak tahu mcm mana nak pg kat sana..baik tanya jer pakcik google tu.sebab kitaorang pun sesat..papa dania nak cuba jln short cut katanya..sudahnya sangatlah long..long n long cut..huhu..tapi syukurlah sampai juga..dalam resort ni mmg dah ada hotel dan apartment sekali..kalau nak maklumat lebih lanjut cari jer kat www.gcr.com..kat situ maklumat tentang pakej2 yang diorg sediakan semua ada..time kitaorg pg tu GC resort ni baru jer buka..ada special promotion..bilik utk 2 hari satu malam + bbQ dinner + breakfast + pass utk masuk ke taman air utk 2 hari tu kurang dari RM200.(jumlah sebenar dah x ingat)..
Inilah benda yang kami jumpa dulu sebelum jumpa pintu masuk..Parking keta kemudian trus check in bilik..time tu punyalah ramai orang kat lobby..semua tgh tunggu bilik disiapkan..termasuklah kami..sementara menunggu tu sempatlah juga kami jengok2 kat luar dan dalam resort tu..tengok mcm tu jer..sebab dalam hati ni nak cpt2 dapat bilik..letih sangat2..letih ikut jln long cut..huhu..tunggu punya tunggu akhirnya lebih kurang pukul 3 ptg baru dapat bilik..(dekat setengah jam menunggu)..Masuk2 jer bilik..wahh..ok jugalah..yang penting bersih..dan selesa..dan yang bestnya ada jakuzzii lagi..bolehlah kitaorg berendam ramai2 dalam tu nanti..
aksi normal anak2 ku setiap kali masuk bilik hotel..semua benda diorg nak check..QC
officer..hehe
Memandangkan bilik kami menghadap taman tema tu maka jatuh2lah air liur baby mel tgk org main2 air kat bawah tu..kakak dan abang lagilah..kejap2 tanya bila diorg boleh main air...akhirnya turun jugaklah kitaorg..huhu budak2 ni x reti penat ke apa..xperlah anak2 happy kitaorg hepy jugalah walaupun katil tu lagi menarik sebenarnya..zzzzz...seronok sgt2lah budak2 ni..baby mel sampai x nak naik..tapi heret jgklah..dah nak maghrib dah nak..
naik bilik..mandi2 dan ready for our BBQ dinner..makanan malam tu ok2 jerlah.x bolehlah nak compare ngan buffet kat hotel 5 bintang kan...pastu kita org jalan2 sekejap kat tepi pantai..time kami datang tu pondok2 tu masih dalam kerja2 pembinaan lagi..sekarang dah siaplah dah kot..pastu kami masuk bilik dan berehat..malam x keluar sebab tempat ni agak jauh sikit juga dari bandar..so tengok tv..layan fb dan tidur jerlah ..besok anak2 sure nak sambung mandi lagi..mak anak pun nak mandi jugak..hehe..
Wahhh..pagi yang cukup indah..gambar2 kat atas ni aku ambil pagi2 dari bilik kitaorg..cantiknya laut selat melaka..sejukkk..(mestilahkan dalam aircond)..huhu..pagi tu lepas breakfast kitaorg jln2 tepi pantai..dan kemudian bersedia utk serang taman air tu..mandi2 sampai x sedar diri..pukul 11 lebih barulah kitaorg naik dan bersiap2 utk balik..biasalah bila nak balik jer si khalif tu mesti merengek2..xnak balik nak tinggal kat situ..alahai khalif..karang sampai bentonglah dia ulang2 xnak balik..x nak balik..rimas i!
Benda kat belakang tu lah yg mama nak sangat nak naik..tapi x kesampaian..;(
yuuuhuuu...seronoknya..
Agak2 dah kecut kulit kaki tu kitaorg pun naik ke atas..dan sambung mandi..kali ni jakuzzi (betul ke ejaan aku ni..kira halalkan jerlah..)..packing2 dan bersedia utk balik..bye..bye..goldcoast morib..bye2 semua..jumpa lg di entry yang akan datang..wassallam..
*Pendapat aku tentang tempat ni*
Lepas tempah pakej kat resort ni, aku survey2 jgklah pendapat org2 kat agoda yg pernah dtg ke sini..hasil survey tu agak mengecewakan jgklah..antara komen2nya adalah, berbau busuk, (ada kilang datang berhampiran resort ni) banyak lalat dan makanannya kurang sedap..makanan tu aku x kisah sgt tapi bab bau busuk dan lalat tu aku mmg x gemar!..geli-geleman tgk lalat..seekor dua ok tapi dah kalau satu family eyarrkkk..lagipun percutian nak rehat..mcm mana nak rehat kalau ada bau2 yg kurang enak..huhu..tapi sebab dah bayar pergi jugalah..Tapi bila sampai jer, ternyata keadaan sebenar xlah seperti yg aku takutkan..bagi aku resort ni sangat sesuai utk family yang ada anak2 mcm anak2 aku ni..diaorg enjoy sangat2..sesuai juga utk kanak2 remaja, mak bapa budak n mungkin juga nenek dan atuk budak..sebab ada seorang atuk tu bukan main seronok lagi main gelongsor yang aku x dapat nak naik tu..hehehe. dan yang paling penting berbaloi2 dengan harga yang dibayar..
Comments
Post a Comment