Apa khabar orang kampung...



tekun menunggu kapal terbang isi minyak..hehehe
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia

Rasanya dah seminggu lebih x menjenguk blog ni..bukak2 dah bersawang2lah pulak..hehehe..so tema kali ni balik kampung. Bagi mereka yang kampungnya depan mata jer..mungkin x excited sangat kut ..tapi bagi yang kampungnya ala2 oversea gituew,(padahal laut china selatan jer pun) sekali -sekala dapat balik kampung memang seronoklah sesanggatlahkan..tapi yang terover2 sukanya tentulah orang2 kat bawah ni..hehehe..

 Yeayyy!! balik kampung naik belon!!
 Terima kasih kerajaan malaysia kerana mensponsor tiket kapal terbang kami...
suka sangat dapat tengok tv atas kapal..huhuhu..


Suasana dalam kapal..semuanya baik2 belaka..berdisiplin..bagus..bagus

  Akhirnya selepas lebih kurang 2 jam 20 minit kapal kami pun landing kat airport KK..Yeayy!!..kali ni kereta sewa dah sedia menunggu..kitaorang pun apa lagi naik keta rtus balik KB..sebelum tu singgah pekan Tuaran makan nasi ayam Juara..papa dania kata nasi ayam kat situ sedap..memang sedap pun..walaupun kononya hari tu x makan pun (ambik bau jer), diet punya pasal..x nak ambil karbo..huhu..habis jer makan2 kami pun balik kampung..KK-KB x lah jauh sangat dalam 40 minit memandu..tapi kalau bawa laju2..lagilah cepat sampainya..
    Sampai2 kat KB dah malam..rehat sekejap..mandi2 semuanya..borak2 ngan mama kemudian tidur. oleh kerana waktu kat sabah ni awal sejam drp semenanjung jadi kitaorg pun tidur awal sejam dari waktu tidur normal..besok kundasanglah pulak....
    Seperti yang telah dirancang pagi2 lagi kami bangun..kat sabah pukul 5 kiranya mcm pukul 6 di semenanjung. tapi kali ni nenek dania x dapat ikut..so kitaorg pergi berlima ajelah. pagi tu sarapan kat pekan KB..papa dania ngan dania order mee sup, khalif nasi goreng, mama dania?..x kan nak diet jugak kut..apa lagi laju jer order mee rojak..masa ni hilang diet2 i..huhu..makan tanpa rasa bersalah..
    Habis bekfes kami bertolak ke kundasang ikut jalan tuaran-tamparuli - kundasang. sebenarnya kalau ikut bypass dari kota belud-kundasang lagi dekat dalam sejam dah sampai...(kalau bw laju x sampai sejam pun)...entahlah hari tu ingatkan jalan x elok..rupa2nya elok sangat.cuma x lah secantik dan seluas highway karak kan hehe..keluar jer dari simpang bypass tu, dah rasa kesejukkannya..hujan dan kabus tebal, sangat2 menyamankan.setelah hampir 2 jam dalam perjalanan akhirnya kami sampai jugalah kat kundasang. 

lepas hujan kabus..kemudian hujan..hujan..kabus..

snap2 dari dalam keta..

akhirnya sampai juga ke pekan kundasang..

sebahagian daripada panorama di pekan kundasang..berdekatan ngan kedai kaler putih tu ada jual sayap ayam bakar..entah berapa ketul aku makan hari tu..sejuk punya pasal habis diet i..huhu..

  Sampai kat kundasang kami terus ke tempat penginapan, Dream World Resort. Resort ni terletak kat area Mensilau. kedudukannya betul2 di atas puncak bukit, bersebelahan dengan Desa Cattle farm..


Perjalanan dari pekan kundasang ke Dream world Resort
akhirnya sampai juga..bilik kami..

hari pertama di kundasang hujan + kabus tebal..sejukkk sangat so kami duduk jerlah dalam bilik..

apa lagi..makan megilah jawabnya..









  Sebelah petangnya kami pusing2 kat pekan Ranau..dalam keta jer..x turun pun, hujan + sejukkk sangat..letih pun ada juga, kepala ni pula berdenyut2 sakitnya..migrain datang lagi..sudahnya dalam perjalanan balik ke kundasang aku tertidur, bangun2 jer tersegam indah gunung kinabalu..akhirnya..singgah sebentar kat gerai2 tepi jalan tu..cari makanan sebab rasa lapar sangat..kemudian singgah lagi kedai yg jual sayap ayam bakar tu..banyaknya memborong makanan,,termasuklah buah tarap..huhu..sebulan mengidam benda ni..sampai jer bilik terus melantak dengan hebatnya..time tu program dietku hilang entah kemana..huhu..moralnya..balik kampung memang x boleh berdiet!
     malam tu aku tidur bertemankan migrainku..nasib baiklah anak2 semuanya baik2 belaka..agaknya angin sejuk ni menyejukkan hati diorg kut..sepanjang kat sabah ni mudah sangat diorg tidur..kalau kat bentong..mcm kl.. never sleep city..huhu..selagi x tutup lampu selagi itulah mereka berjaga..sebelum tidur sempatlah juga aku merancang xtvt esok hari..yang pastinya lembu2 itu mesti dilawati..harap2 esok cuaca cerah ..rindunya pada sang matahari...

   Panjangnya entry kali ni..baru hari pertama di kundasang, (hari kedua di sabah di bawah bayu)..ikut hati nak jer sambung sampai hari ke3..tapi cukuplah kut utk kali ni..hari2 seterusnya kita sambung lagi dalam entry yg akan datang..ermm..hari pertama KB..kedua ketiga..Kundasang..hari keempat kundasang balik KB..hari kelima KB- menggatal- menumbok-KK..hari ke 6 KK-KL..huh! asyik berjalan jer kerjanya..jadi bila masalah nak jumpa orang kampung mcm ni..mcm mana nak bertanya khabar..akhirnya kena tunggu raya tahun depanlah kut..hehehe..





    





Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..