Mati itu dekat, hidup..Insyaallah..

Sadis sungguh bunyi topiknya..sekadar peringatan pada diri sendiri yang acap kali alpa dengan urusan dunia hingga aku lupa dunia hanyalah singgahan sementara..pasti ada yang lebih kekal abadi di sana. Entahlah mungkin aku belum cukup berusaha ke arah itu..walaupun jauh di sudut hati ini yang entah apa warnanya membuak2 keluar dari zon yang mungkin aku sendiri ciptakan..
  Bunyinya agak merepek sesangat..abaikan dulu..biar tenang nanti kita bicarakannya semula..last week dengan mata yg msih belum rela terbuka..namun ku paksa juga..msg whatsapp berbunyi lagi..terkedip2 mata menahan silau..hurm bu ongkok rupanya..rindu kakak dia lah ni..satu demi satu msg pendek darinya aku baca..kecian adik kesayangan aku ni bercakap sorang2 upernyer..hihi..kemudian mata beralih ke satu msg yg lain..tetiba rasa sayu pula.."kak ana tahu seorang pelajar tahun 4 medic di cairo mati meninggal dunia dalam tidur semalam," lebih kurang mcm itulah msg nya..ditambah lagi.."sebelum tu ada seorang juga meninggal  sorang-sorang kat rumah sewa lepas beberapa hari baru kwan2 lain sedar."..
  " Kesian kak ana, jenazahnya masih dibilik mayat, belum dimandikan lagi, nda tahulah macam mana mau bawa balik sebab anak yatim,anak tunggal pula tu..huhu..kana kalau aku mcm tu mcm manalah?".sebaknya dada...adikku Irdayana jamnul..kamu mmg pandai buat kakak kamu menangis di pagi2 hari ni..Persoalan yang nda pernah kana terfikirkan.. jawapannya?..lagilah..dengan nada bergurau..ok kalau tahu kumpul duit biasiswa banyak2..jgn membazir..kurangkan makan..nanti boleh beli tiket bawa jenazah kau balik..tiba2..dia diamm seketika..dia terasa ke?..ahh sudahh..
  Aku juga satu..hal2 sensitif di bawa bergurau-gurau. Apalah perasaannya pada waktu itu, takut mati? mungkin juga..apa tah lagi bila mati jauh dari malaysia..jauh dari family..owhh..kesiannya bu ongkok..rasa bersalahlah pula..lantas ku katakan kepadanya..adik kesayanganku..urusan hidup dan mati urusan Allah, hanya dia yang tahu bila, bagaimana dan dimana? Berdoalah....di mana kita mati bukan persoalannya..kerana walau dimanapun tempatnya..akhirnya kita berhimpun di tempat yang sama. Panjang lebar ayat memujukku. sesekali bagaikan ustazah pilihan pula, harapanku agar dia lega..kurang sikit rasa risaunya..tidak lagi memikirkan yang bukan-bukan agar dia boleh terus fokus, study, x lama lagi ada exam..
  kemudiannya aku termenung seketika.satu demi satu ayat ku tenung semula.Bila discan semula..ayat2 diatas tidak lebih dari ditujukan untuk aku..aku dan aku. Memang sesuai untuk aku pun.Persoalannya.. Bersediakah aku? sekarang?seikhlasnya 100% belum, agaknya sebab itu Dia memberikan aku peluang untuk bernafas lagi,.hari demi hari, mati hidup..mati dan dihidupkan semula.bersyukurkah aku atau semakin banyak menambah dosa...Sejujurnya aku takut akan mati..takut meninggalkan permata2 hati..bagaimanakah mereka nanti tanpa aku..dan yang pastinya kerana masih banyak dosaku...
     Akhirnya hambaMu yang maha kerdil ini hanya mampu berdoa, Ya Allah, matikan lah aku jika itu yang terbaik buat hambamu ini dan panjangkanlah umurku jika itu yang sebaik2nya untukku..
 Aminn..  

Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..