12:00PM/1/1/14 : Perjalanan baru untuk 365 hari lagi...



Assalammualaikum..salam 1Malaysia,

    2014, tergerak hati utk menjenguk blog yg lama ditinggalkan...2013, banyak moment2 indah..tidak kurang juga kisah suka duka (yang akhirnya aku tahu disebalik ujian yg diberikan terselit begitu banyak nikmat dan kasih sayangNya). sayang pula x dicoret buat kenangan2.Kenangan terindah.Terima Kasih Allah..bila kesibukan dengan kemalasan tahap gaban berjalan beriringan mmg inilah jadinya..hahaha..apa pun bila sedar diri ini ibarat si Dowry the fish, (gelpren ayah nemo) yg pelupa maka terpaksalah mewajibkan diri sendiri untuk rajin2 kan jari-jemari  menari2 diatas key pad ni.
(akan ku catat sebagai azam tahun baru)

     2013, kalau ada masa tolong bungkus cerita2 kamu dan poslaju kesini yer. Pleaseee..aku takut aku lupa dong!...hehehe
   
      2014, bermulanya satu perjalanan, nak naik apa? itu bukan persoalannya...yang penting kemana destinasiku nanti?..apa yang ada disana? biarlah rahsia.. pastinya x muat 1 kertas A4 nak tulis..terlalu banyak..terlalu panjang wish listnya. Walaupun aku pasti jalannya tidak semudah yang dijangka. Mudah utk mendaki bukit tapi untuk menakluk Everest, sukar sekali dan diusia mencecah 35 tahun ini, mr  everest ? i ll say yes utk jd my daughter/son in law. ku tinggalkan harapan dan peluang itu utk mereka..InsyaAllah..untuk aku? mr kinabalu cukuplah..hehehe...

    2014, hari kedua..x banyak yg baru..yg banyaknya azam2 lama (yang diperbaharui) plus azam2 baru..kakak masuk darjah baru..kelas baru dan pastinya kawan2 baru. Tahun ni kakak naik dari 1 Naim ke 2 Adnin. (dari kelas 3 ke 1, pasti lebih banyak cabarannya nanti)..moga kakak terus kuat. khalif masih di tadika yg sama..6 tahun dah anak mama. Adik..teruskan kat sekolah Kg baru yer sayang..hehehe..Mama pula masih kat sekolah yg sama..entahlah memang mama ditakdirkan jd penghuni sekolah yg setia..

   2014, pastinya tahun yg sedikit mencabar..orang kata harga barang semua naik..nak cr income lebih bukan my kepakaran..so nak tak nak langkah yg paling bijak tentulah perbelanjaan berhemah..tahun ni mmg berkobar2 nak berjimat-cermat..tersenyum2 kambing papa dania waktu aku membentangkan rancangan perbelanjaan berhemah pagi tadi..macam perli jer..

  2014, diawalnya aku mulakan perjalanan ini dengan langkah kanan dan lafaz bismillah, walau apa pun rintangan dan cabaran yang menanti di hadapan akan ku pastikan pengembaraan ini sebagai 365 hari yang terindah..dan jika di berikan kesempatan olehNya untuk sampai ke penghujung 2014..pastinya akan ku tutup buku lama ini dengan ..Terima Kasih Allah..








   

Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..