Resepi sihat:Bilis di laut, pegaga di hutan, dalam kerabu bertemu jua..

Assalammualaikum..salam 1Malaysia..
   
   Hari ni nak kongsi resipi sihat lagi menyihatkan..segar dari ladang u olls..n resipi tu x lain x bukan.. tadaa  kerabu ala2 nenek dania (lagi nak wat surprise tajuk kat atas pun dah terang lg berspotlight)..bagi yang sedang diet macam mama dania ni mmg sgt2 di syorkan mencuba, sesuai juga bagi mereka malas2 manja tumbuk bawang halia dan kunyit bagai. apa lagi nak tumis-menumis , mmg x payah..mula2 sekali sesi memperkenalkan bahan2nya yer puan2..:(terasa mcm chef Zubir pula)..ehem, bahan2nyerr adalah:

  • Of courselah heroinnya: cik ulam pegaga (jgn cr kat tesco yer, surelah x adanya..cer rajin2 sikit ke pasar sehari, 99% mesti jumpa, tapi pg pagi..kalau dah petang2 kirim salam..pegaga ni ambil daun dan batangnya ajer..basuh bersih2 kmdian hiris halus2.
  • ikan bilis segar ( saya guna yg import khas dari sabah, hehehe nenek dania bawa, mmmhh..fresh sgt.putih melepak...masih terasa bau2 laut sulu n laut china selatannya)..ikan bilis ni goereng ranggup yer.
  • bawang merah dihiris halus
  • lobak merah (pun dihiris halus)
  • cili merah (dihiris halus juga), kalau nak extra hots boleh tambah sedikit hirisan cili padi.
  • limau nipis/ limau kasturi pun okey..nak kelass lagi boleh guna lemon..janji bukan limau mandarin sudah..
  • garam dan sedikit perisa pak aji letak sikittt jer taw..lebih elok x yah letak..
Bahan2 diatas banyak mana nak letak terpulang..tapi janganlah sampai lawan tokey yer..hero n heroinnya haruss cik pegaga dan mr bilis2..yang lain2 penyeri majlis jerrr..cara nak buat simple yang amat: gaulkan semua bahan2 diatas..gaul sampai mesra..perahkan limau tadi n letak garam secukup rasa anda..pastu bolehlah makan sebagai kerabu boleh..salad pun boleh kann..bagi yang nak tgk hasilnya tadaa..
gambar ni diambil waktu tgh tunggu ikan bilis masak ranggup, bila dah gaul semuanya trus makan, dah habiss makan baru teringat alamak..lupa nak snap kerabu yang dah siap..hehehe..sowiii..apapun selamat mencuba..

next time kita main masak2 cekodok udang geragau ngan lobak merah pula yer..




Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..