Bila di kenang2 aku jadi malu...

Assalammualaikum..salam 1 Malaysia..

         Alhamdulillah..akhirnya diberi kesempatan untuk singgah sebentar di blog yg agak lama juga ditinggalkan ini (nak kata usang..mcm x sampai hati pula)..teringat pada ayu..mesej terakhir yg singgah di telegramku "cikguuu..ayu rindu baca blog ckg.."so untuk balasan nya (kalau dia baca blog ni) aku balas "ayuu..ckg rindu msg ayu.."
         bulan ni mmg sangat2 sibuk..(hujung tahun mmg x pernah x sibuk)..tapi x ada hari yang x sibuk..asal tak sibuk mesti aku buat2 sibuk hehe..akhirnya pahang cuti seminggu..deepa yg raya aku pula yg lebih2..sekolah kitaorg cuti seminggu ..yahoyabadadedu!! ops terlebih sudah..besok ada family reunion (mcm pelik pula bunyinya). jadi dah siap packing tetiba rasa membuak2  utk tekan2 kekunci ni. tekan..delete..tekan delete mmmhh..apa nak tulis ni?..otak menerawang teringat ketika ini mama dan tentirut dah boarding..ehh terasa lama tak naik kapal terbang kesayanganku...MAS owh MAS..terlalu banyak kenangan manis sejak berbelas tahun yg lalu..dulu waktu belajar balik ulang alik sabah semenanjung sorang2.(bukan mcm sekarang..balik sabah jer sebaris sebelah menyebelah anak beranak aku jer)...cukup suka bila dapat duduk tepi tingkap..paling x suka duduk tengah2..mgkin sbb aku ni pemalu orangnya..hihi.syukur juga rata2 penumpang yang duduk disebelah aku semuanya ok..peramah..yang pastinya mcm2 penumpang yang boleh kita jumpa..dapat yang peramah 2 jam 25 minit tu mmg x terasa pun..
           al kisahnya..tak ingat tahun berapa ..1998 rasanya..tahun tu negara dilanda elnino..masa tu yang aku tahu tentang elnino adalah..cuaca panas..hutan kat sabah banyak terbakar..air sungai rata2 kering..balik sabah...pekan Kota Belud mmg sebijik mcm pekan Cowboys..jalan raya berdebu jerrr. kemudian katanya elnino ni ada kawan nama elnina..cik nina ni cool sikit..apa2lah kan yang pastinya dua2 pun x best..nak dijadikan cerita dalam flight balik ke semananjung aku duduk ngan seorang pelajar universiti (tak ingat U mana, time tu rata2 U dah habis cuti semester jd ramailah yg blik Malaya..time tu UMS belum ada lg.kalau x sure aku masuk kat sana..hari2 boleh balik kg..)..dia ambil course yang berkaitan ngan cuaca2 ni kut..sbb dari awal sampai habis dia suka sangat bercerita ttg cuaca..dgn kyushuknya dia bercerita ttg elnino dan elnina ni..asal usul pasangan bahagia ni pun diterangkan dengan detail sekali..aku? aku mmg pendengar yang baik..siap angguk2 dan tanya2 soalan..makin byk aku nyampuk makin byk dia cerita..tapi pastinya hanya suku yg melekat di minda..(okey..kurang dari suku)..
            cerita tentang mr elnino tu tak habis disitu..x sangka pula bersambung dalam perjumpaan QKP (Qualiti Kepimpinan pelajar)..QKP ni persatuan yang mana pelajar tahun pertama macam aku ni wajib jadi ahli..tetiba pula perjumpaan kali tu ttg pengucapan awam..kononnya fasi tu akan pilih secara rambang n kena bercakap secara spontan tentang tajuk yg diorg bagi..apa2lah janji bukan aku..tetiba berdebar2 rasanya..nebess semcm..tapi x kanlah kut..dalam berpuluh2 ahli bawah pokok ni takkan lah aku kan..kan..kan..dalam pada sibuk memujuk hati yang dah separuh beku dek kenebessan melampau tu..tiba2.. hah! adik yang baju merah tu..baju merah? siapa baju merah? tetiba mcm semua mata memandang kepadaku..aku buat muka kerut2.. eh aku ke..takkanlah..a'ah mmg akulah yang pakai baju merah..(napalah aku x pakai baju pepel..rasa nak meraungg.huwaaa...tetiba). namun ku paksa juga hati ni utk bangun..n tajuk yang diberi"elnino Vs elnina"..hah!biar betul!..aku mmg terketar2 waktu tu..sedaya upaya aku cuba ingat apa yang aku belajar time kat dalam kapal terbang hari tu..bila aku nak cakap..tiba2 aku rasa aku x tahu apa2..aku keliru..entah kenapa yang otak ni fokus kepada perkataan VS tu..sbb time tu juga musim org main bola kut..(bola?yang itu pun aku x minat n x ambil port)..akhirnya dengan rasa n entah apa yang aku fikir dengan selambanya aku cakap dengan fasi.. minta maaf sbb saya x minat bola dan saya tak tengok bola..jd saya x tahu tentang elnino vs elnina..tercengang fasi tu dengar alasan aku..aku rasa dia nak gelak kuat2..tapi dia cuba control n bg tajuk lain.. "ibu bapa punca masalah sosial dikalangan remaja'..eh adakah mcm tu?..apapun bila dikenang2 kisah elnino vs elnino aku jadi malu..
            kisah elnina vs elnino ni segar dalam ingatan sehingga hari ini..ia mengingatkan aku ttg respect ilmu..perlu ada rasa hormat pada ilmu..benda yang selalu aku bebel dalam kelas pengajian perniagaan bila anak2 didikku hanya minat menghafal berbanding memahami..ia mengingatkan aku supaya menyediakan diri dengan pelbagai jenis ilmu..bukan hanya dalam satu bidang atau yang kita minat sahaja..ilmu yang baik adalah ilmu yang boleh diamalkan dan memberi manfaat kepada orang lain..takdir Allah menemukan aku dengan ramai orang dan melalui mereka Allah sampaikan ilmu , pengajaran, nasihat yang mungkin aku x terfikir langsung yang satu hari nanti kita perlukan..sentiasa positif dengan ilmu dan teguran...mana tahu ia mungkin berguna suatu hari nanti.. :)
         

Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..