Posts

Showing posts from 2016

Thirsty point lookout: Fantastic view!

Image
Assalammualaikum..     gigih sambung balikk...[ kalau tak sambung aku tak tahu bila nak sambung lagi..].. nak pendekkan cerita, aku tempekkan gambar2 kat sini yer..               sepanjang jalan akan jumpa banyak signboard mcm ni. berhati2 semasa memandu. patuhi had laju yg ditetapkan. walaupun bikin ngantuk slownya tu..  memandangkan ni bukan musim panas, tak ramai orang..angin sejukk..kalau tak aku dah terjun dalam laut tu..pun begitu matahari tetap terik..berbelang muka i.sejujurnya tempat ni sangat2 cantik, kalau tension2 sangat..this is the place i need the most, malangnya, masa sangat mencemburui kami, kami ucapkan selamat tinggal utk pepasir putih..lautan biru..hijau kaler tu mcm tone colour yg cantik sangat...bye2 juga buat si camar putih..     ku bisikkan pada lautan hindi...jika ia bersemadi di sana.sampaikan salamku buat MH370..

Makan lobster Australia kat shack and thirsty point

Image
  Assalammualaikum,       Misi asal kami pada  mulanya hanya ke pinacles dan lancelin, kemudian langkah kami panjangkan sikit hingga ke cervantes, lagi pun tak salah rasanya..alang2 berjalankan..jarak daripada pinacles dan cervantes tak jauh mana. rugi rasanya tak pergi..lebih2 lagi bila mengenangkan lobster shacknya..jadi aku masukkan caventes dalam itti..dan note kat situ sebab nak luch kat lobster shack..yayy!! first time lunch ngan udang galah..rindu nasi.. dah order, bayar dan tunggu penggera tu bunyi beep..beep..sambil2 tu aku jglah yg ambil gambar diorg..            lepas tu diorg pula ambil gambar aku.. makk aii.. pipi..   merasalah juga lobster Aussie.. kami order set lobster shack satu dan 2 set fries.. besarnya kentang goreng, portionnya pun besar..kenyang sampai ke malam.. dah kenyang jom singgah kat thirsty point pula.. tgk laut..

Encik technician.. i love u..

Image
Assalammualaikum.. Hihihihi..rasa geli hati mengenangkan tajuk entry kali ni.. baunya mcm drama swasta jam 7..sesekali aku mmg romantik!       Rasanya tak pernah lagi buat entry tentang papa dania..lelaki ke 4 yang masuk dalam hidup aku selepas, atuk sabah, atuk2 belah mama dan bapa..seterusnya papa dania hadiahkan aku 2 lagi budak lelaki yang kekadang cukup buat duniaku berpusing 360 darjah tapi selalunya mereka cukup menbahagiakan.. namanya pun lelaki..lelaki2 dalam hidup saya..mmhhh..hehehe       Hampir 20 tahun usia perkenalan kami, termasuk 15 tahun hidup sebumbung.. dan insyaAllah perjalanannya masih cukup panjang. sebagai pembaca muka buku yang tegar, pemerhati yang agak baik.. aku banyak mendengar kisah2 percintaan dan rumahtangga..macam2..dari kisah bahagianya rumatangga si polan, kisah sweet couple yang kawin di usia muda, kisah bahagianya bercinta selepas nikah, kisah percintaan ala2 cinderella n beauty n the beast yang berakhir dengan...

Perth 2: Misi mencari family incik Roo

Image
Assalamualaikum,     atuk sabah pesan awal2..kat sana jangan lupa wassap bapa gambar setiap tempat yang kamu pergi, maka dengan taatnya mana-mana tempat kami pergi wajib ambil gambar byk2, kemudian send gambar yang paling cantik... malam tadi atuk sabah wassap, gambar yang kami ambil, kat town gucci pun banyak view mcm tu..mana kanggaru? aiseyyy.. kanggaru pula, bukan tu saja pesanan bukan penaja minta kami bergambar dengan bapa kanggaru, mak kanggaru dan anak kanggaru..gawatt!!     Jadinya hari ni kami bagun seawal pukul4.30 pagi. kat sini dah nak masuk subuh dah tu.. tunggu punya tunggu datin2 ni pukul 6.30pg juga diorg siap..lebih2 lagi mama yaya..sejam dalam bilik air..kali ni kami repeat balik ke danish pattiserie.. beli kopi dan pie..lepak2 kejap kat situ..bila supir kami cik buchu dah habis breakfast kami pun pecut ke destinasi seterusnya..( ok .tak boleh pecut pun..kena ikut peraturan, sini bukan kota belud..silap2 surat cinta sampai..aku ngak mau ribut- ...

little twinkle's concert n graduation day 2016

Image
Assalammualaikum..     Hari ni concert dan graduation adik..concert kali ni, mungkin yang terakhir mama pergi, tahun depan adik dah masuk darjah satu..mmhhh, berakhirlah rutin kami setiap tahun, sejak 6 tahun yang lepas..t.kasih kepada cikgu2 kat little twinkle..tabah sungguh diorg latih anak2 kecil ni sampai diorg berani perform atas pentas tu..     kepada khalif naufail mama,..congrats dear! mama proud of u..tahun depan satu fasa baru untuk adik.adik mesti suka kan..hari2 boleh pg kantin beli air milo.. .apa pun mama doakan adik sentiasa happy di mana juga adik berada dan membesar menjadi anak yang baik hati membesar dengan sihat dan bijak dan cemerlang di dunia dan akhirat..lebbiiuuu..mmmuahhh!! hahhahahha... incik borara ke ni? sob! sob!sob!.. dah besar dah mel mama.. tiada dalam gambar khalif danial..tem ni kannn.. sekali lagi tiada dalam gambar tukang ambil gambar.. opening dance.. spot my little khalif..

Araluen Botanical Park: Spring in my heart..

Image
Assalammualaikum..dah wangi dah..bolehlah sambung semula..     seperti yang dijanjikan, Araluen Botanical Park. perjalanan kat sini tak sampai sejam pun dari perth city, terletak di roleystone,ada apa disini? sudah tentulah bunga2 tulipnya...hanya di musim bunga yer. pada asalnya percutian adikberadik selama 4 hari ni cuma berkisar di sekitar bandar perth..n paling jauh pun fremantle..sebab mmg nak naik kaki dan public transport je..dah namanya backpackers kan..hahahaha..tapi disebabkan aim utamanya adalah bunga tulip dan bukan selalu ada peluang untuk bergambar dengan bunga2 tulip yg kalerful ni..maka kami ubah rancangan sewa kereta.sebab nak jalan kaki dari bus stop berdekatan macam tak rela pula mak dannn ..secara automatiknya semakin panjanglah langkah kami..semuanya bermula dengan sekuntum bunga tulip..     Ogos dan september adalah musim bunga di Perth, tulip ni sebenarnya bukanlah bunga asal, benih2nya diimport dan ditanam di taman ni, musim bunga kali ni b...

Perth : Jejak pertama di bumi cik Roo..

Image
  Alhamdullilah, semasa entry ini ditulis kami dah seminggu selamat sampai di bumi Malaysia..masih termimpi2 ketenangan dan keindahan bumi Allah di sana. ditambah dengan selsema dan kesibukan yang melanda buat aku semakin rindu pula..hehehhee..       Perjalanan dari lebih kurang 5 jam 20 minit dari klia 2 ke barat australia, tak rasa sangat.sebab kami ambil flight 12.05 pagi, sepanjang perjalanan memang aku membuta jelah. sedar2 bila kapal dah nak mendarat..Excited dan happy sangat, akhirnya selamat juga kami sampai di sini. sempatlah aku jenguk2 pemandangan di luar, Subhanallah, indahnya ciptaan Allah, melihat matahari terbit di bumi cik roo ni buat aku bersyukur dan bahagia sangat atas rezeki yang Allah bagi.since aku duduk jauh sikit dari tingkap, tak dapatlah nak ambil gambar..kan kusimpan dalam kotak memori..     Berkat doa orang-orang tersayang, sepanjang percutian ni semuanya dipermudahkan, pemeriksaan imigresen lepas, dengan bag kami tak di...