Perth : Jejak pertama di bumi cik Roo..

 


Alhamdullilah, semasa entry ini ditulis kami dah seminggu selamat sampai di bumi Malaysia..masih termimpi2 ketenangan dan keindahan bumi Allah di sana. ditambah dengan selsema dan kesibukan yang melanda buat aku semakin rindu pula..hehehhee..

      Perjalanan dari lebih kurang 5 jam 20 minit dari klia 2 ke barat australia, tak rasa sangat.sebab kami ambil flight 12.05 pagi, sepanjang perjalanan memang aku membuta jelah. sedar2 bila kapal dah nak mendarat..Excited dan happy sangat, akhirnya selamat juga kami sampai di sini. sempatlah aku jenguk2 pemandangan di luar, Subhanallah, indahnya ciptaan Allah, melihat matahari terbit di bumi cik roo ni buat aku bersyukur dan bahagia sangat atas rezeki yang Allah bagi.since aku duduk jauh sikit dari tingkap, tak dapatlah nak ambil gambar..kan kusimpan dalam kotak memori..

    Berkat doa orang-orang tersayang, sepanjang percutian ni semuanya dipermudahkan, pemeriksaan imigresen lepas, dengan bag kami tak diperiksa pun, tak ada anjing yang nak cium2 beg kami, pegawai imigration kat sana senyum2 dan ramah jer..permulaan yang perfect![tips:please be jujur, jawab soalan dengan jujur, declare semua barang yang kita bawa n lebih baik buat list siap2, letak makanan dan ubat2tan dalam satu tempat, incase bila diperiksa buka satu bag je]. seterusnya kami singgah di OPTUS, beli simcard aus2 plus 8aud untuk 500mb unlimited sehari selama 4 hari. best, sebab hari2 boleh call anak2 dan papa anak2..rasa dekat selalu.

dulu..


     kemudian kami ambil kereta sewa, mulanya dengan pak jubaidi, then keta dia dah fully booked, so dia bagi kami kereta pn astrid, cantiknya si astrid ni.. secantik kereta honda civicnya.



         finally, our journey begins..staringnya akulah kan..bersama pelakon2 tambahan,..bu ongkok, mama yaya dan buchu..hahahhaaha..tetiba rasa lapar, langkah pertama kami ke danish pattiserie.isi minyak dulu, laparr..gambar nunn kat atas sana, mcm mana terlepas kat sana ek? apa pun pastry, roti2 dan kek kat sini semuanya sedap..yang penting halal dan layanannya mesra..tak jauh sangat dari airport, just google n waze je..



             bestnya breakfast kat luar danish tu..udara paginya segar sangat..sejuk juga..kami yang agak2 tak pernah pg tempat2 sejuk ni..( selain kundasang) buat2 hembus nafas...ehhh ada asap..pastu dengan tanpa segan silunya gelak ramai2.. anak2 jamnul kadang2 boleh tahan gila2nya.lupa pesanan nenek sabah jangan seronok sgt disana..jgn ketawa lebih2... (ampun mama..nda boleh dikontrol excitednya)   

                Ada sesiapa yg rindu kopi Dare ni? hikhik..

 
Chicken pie ni mmg sedap.. esoknya kami singgah lagi kat sini beli utk bekal ke pinacle..

          Agak2 dlm pukul 8.30 pagi (waktu malaysia dan perth sama, cuma cepat siang), kami gerak ke destinasi seterusnya,, Araluen Botanical Garden, yayy..tulippp...aku datangg...jap lagi aku sambung semula k.nak ke kebun bunga kena wangi jadi..nak mandi

Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..