Long Cut yang berbaloi, akhirnya no more pampers!

As salam..
Diam tak diam dah hampir 2 minggu cuti sekolah bermula..seronoklah anak-anak yer..ibu2  dan bapa2 macam mana pula yer? hehehe (gelak jahat tu..). hokey.okey .x mau usik dah..cuti sekolah tahun ni tak lama sangat..penuh dengan aktiviti yang dirancang rapi.. (ummm..iyer ker?) tapi yg dalam top list sekali tu tentulah misi nak bagi si adik bebas dari pampers..misi ni dah mula tahun lepas..tapi gagal lagi kecundang dalam minggu yang pertama..akhirnya misi dihentikan serta merta so cancellah nak masukkan adik sekolah seawal 4 tahun..pasrah kita taw..takperlah kecik lg kut..cakap pun mama dia sendiri x fahamm..kesian baby disember..
       9 Disember 2014 ni adik dah genap 4 tahun..nak tak nak kena teruskan usaha..kuatkan semangat..juga.2015 kena masuk sekolah..mana boleh pakai pampers..kan..kan..sebenarnya misi ni kita dah mula secara tidak rasmi beberapa bulan sebelum cuti sekolah..hehehe..planning tu penting..sebab adik ni x macam abang dan kakak dia..diorg taat jew. teringat pula kisah time nak bagi kakak ngan abang x pakai pampers dulu..kita guna pendekatan ala2 komandor gitu.(mmg kena cekalkan hati, taubat tak nak cara tu lagi...) .alhamdulillah dalam seminggu diorg dah bebas pampers sepenuhnya termasuklah malam hari...adik? fuhh.baru kita kata "adik x boleh pakai pamper dah tau" napa?.dulu boleh pula?macam mana kalau saya kencing kat lantai?( ayat telah diubah suai supaya mudah difahami, sebenarnyadia masih pelat2 ringan).banyak sungguh arguenya. .siap ngan juraian air mata..itu yang tak tahan tu..jadi kena plan baik punya..
         4 bulan sebelum cuti..kita dah cakap awal2..sbb dah tahu dia mesti nak argue jgk..maka kita siapkan jawapan siap-siap.. ..so antara ayat yg kita guna:
inilah budaknyer..



  • adik dah besar taw orang besar tak boleh pakai pampers - "eehhh saya ni kecik lagilah..orang kecik kena pakai pampers."- kalau kecik x boleh tengok transformer sbb orang kecik x boleh masuk..nak masuk transformers kena tinggi..orang kecik tak tinggi..
lepas tu opkoslah perbualan penuh kasih-sayang tu takkan terhenti kat situ..dia akan keluarkan hujah2 dia ..jadi kena selalu ada stok jawapan dalam kepala..diingatkan perbualan ni mesti dibuat dalam keadaan bertenang dan santai2..biasanya time nak shopping pampers atau waktu nak pakaikan dia pampers lepas mandi..percaya atau tidak sedikit sebanyak dia akan start serap dalam minda yang dia akan besar dan x boleh pakai pampers..tapi kena gigihlah yer ingatkan dia,,




sebulan sebelum misi bermula..kita ingatkan dia dengan lebih serius..ini pampers last taw..lepas ni..tak ada pampers. waktu ni aku dah mula start sorok2kan pampers dia..ada masa tu buat lupa2 pakaikan dia pampers...lepas beberapa minit dia sedar, dia minta pakaikan pampers..mula2 pakaikan balik tapi lama2 dia makin lupa yang dia tak pakai pampers..terutama bila sibuk dengan lego2nya.bila dia dah ok tanpa pampers aku kena ingatkan dia selalu untuk ke tandas. proses ni tak ambil masa seminggu pun..akhirnya dia berjaya bebas pampers dan yang paling best dia tak terbuang air pun kat seluar.hari2 seterusnya bila rasa nak pg toilet dia akan cakap cepat2 dan untuk reward mama ngan papa pujilah dia..motivasikan. begitulah, kisah long cut adik, tapi yang bestnya semua secara natural..no marah2, n no pukul2 kaki..berbanding ngan abang ngan kakak dulu short cut tapi penuh dengan emosi, seriously sampai hari ni aku masih menyesal..pengalaman dan pembacaan banyak mengajar aku untuk jadi lebih baik untuk anak2.

apapun akhirnya....yayy..alhamdulillah tahun depan adik boleh pg sekolah. ;)

p/s: entry ni dah diperap hampir 2 tahun..tahun depan si kecik dah darjah satu.

Comments

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..