Araluen Botanical Park: Spring in my heart..


Assalammualaikum..dah wangi dah..bolehlah sambung semula..

    seperti yang dijanjikan, Araluen Botanical Park. perjalanan kat sini tak sampai sejam pun dari perth city, terletak di roleystone,ada apa disini? sudah tentulah bunga2 tulipnya...hanya di musim bunga yer. pada asalnya percutian adikberadik selama 4 hari ni cuma berkisar di sekitar bandar perth..n paling jauh pun fremantle..sebab mmg nak naik kaki dan public transport je..dah namanya backpackers kan..hahahaha..tapi disebabkan aim utamanya adalah bunga tulip dan bukan selalu ada peluang untuk bergambar dengan bunga2 tulip yg kalerful ni..maka kami ubah rancangan sewa kereta.sebab nak jalan kaki dari bus stop berdekatan macam tak rela pula mak dannn ..secara automatiknya semakin panjanglah langkah kami..semuanya bermula dengan sekuntum bunga tulip..



    Ogos dan september adalah musim bunga di Perth, tulip ni sebenarnya bukanlah bunga asal, benih2nya diimport dan ditanam di taman ni, musim bunga kali ni best sangat..sepanjang jalan boleh nampak bunga2 liar..alhamdulillah..

    Dalam araluen ni best sangat.. selain tulip, cherry blossom dia cantikk sangat, udaranya nyaman sangat..parking free, cuma masuk kat dalam tu yuran masuk dikenakan..tips..datang awal2 pagi, sebab biasanya dalam pukul 2 cuaca dah start mendung..ops satu lagi, berdekatan araluen ada satu lagi tempat bergambar yang best, raeburn orchard. kami masuk kat situ, cuba utk minta izin ambil gambar tapi takde orang pun..jadi kami pun balik..cuma bu ongkok yang sempat snap sikit2..
selebihnya kita tengok gambar yer..aduh..sakit jari..


    petang tu kami terus balik ke perth city, check in hotel criterion.perth CBD..lokasi yang sangat strategik..insan cafe belakang tu jer, kiri kanan lokasi utk sopink2..masuk bilik kami terus mandi2 (gambar2 kat atas diambil sebelum kami mandi pagi..hahahha..mmg tak senonoh)..petangnya kami ke Belmont Forum..shopping corelle kat big W kunun...tapi banyak stok yg dah habis,kami tak beli pun kat sini..dlm tu ada coles, shopping barang2 makanan..sekali lagi jumpa kopi dare..bu ongkok ngan buchu beli lagi..sedap sangat ek..?

   kat sini pukul 6 dah gelap dah..kedai pukul 5 dah tutup, bagusnya.. kami pun balik ke hotel..merangkak kami cari jalan pulang, malamm kan..dengan hujan renyai2 ..i silau dan lapar..kemudian pusing2 cari parking lagi..hurmm nak nangess..berkali2 pusing2..dan sebab i confuse kiri kanan..maka buchu ambil alih drive pula..tensen i drive malam2 ni.doa banyak2...akhirnya alhamdulillah jumpa juga parking depan hotel..sebab sejuk plus tensen ..kami terus pg makan nasi kat insan cafe..kenyang..puas hati i..balik hotel..mandi n terus tidur..(selepas kira2 duit yg dah dibelanjakan..)











cantikkan.. kalau berpeluang pergi dalam bulan ogos-september bolehlah singgah di sini..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dream World Resort Kundasang- A place amidst the clouds

Aku anak B40..dan kerana dia mungkin acah-acah anak T20..

Maafkan mama adik..