Desa cattle farm, kundasang - mooo moo here..moo moo there!
Assalammualaikum..
Hari ke2 di kundasang, misi utama nak melawat lembu2 dan anak2 lembu. Anak-anak kami suka sangat ngan animal farm ni.(baru belajar kat tadika kut) maklumlah kat bentong ni susah sangat nak jumpa lembu, kerbau, kuda, kambing dan yang seangkatan dengannya. kalau ada pun ayam..itu pun ayam x berbulu yg papa diorg beli kat pasar, tapi jarang2lah..sebab kami lebih suka beli bahagian kepak ngan dada ayam jer.kalau kat KB, pekan cowboy tu mmg banyak..siap mereka2 ni buat roadblock lg kat tengah jalan tu...jadi mmg sesuailah cuti kali ni kita melawat ladang lembu yer anak2..so destinasi utama kami tadaaa..desa cattle farm, kundasang..;)
Sebelum balik,..kami bergambar dan bergambar lagi..itu jerlah yang boleh dibawa balik kan..ikutkan hati nak bw balik lembu2 tu, bila dah puas berposing sakan kami pun lapar..so baliklah lagi pun cuaca x mengizinkan utk kami terus bergambar2..dalam hati sayangnya gunung kinabalu tu x muncul2..kalau x mesti gambarnya lebih super duper cun giteww..
Esoknya, hari ke3..alhamdulillah cuaca pagi begitu cun sekali.tersegam indah gunung kinabalu...kalau semalam mcm hari ni kan best..jadi lepas bekfes je kami singgah semula kat situ..kali ni x masuk sebab nak ambil pemandangan desa cattle berlatar belakangkan gunung kinabalu jer..tapi nampaknya bukan rezeki kami ..sampai jer kat situ gunung kinabalu bersembunyi di sebalik awan dan kabus yg x berapa nak tebal..lain kalilah kut..

Sedikit maklumat tentang desa cattle farm
Lokasi: Mensilau Highland, Kundasang
waktu operasi: 7.30 am- 4.30 pm, setiap hari termasuk cuti umum.
fee: dewasa :rm 4.00, kanak-kanak /pjar oku : :rm 2.00
* maklumat lanjut dan terkini bolehlah add fb desa cattle farm ni, gambar-gambar dan maklumat lanjut ttg produk mereka semua ada, adminnya pun peramah, laju jer respond.
Selepas sahaja bekfes kami terus pergi ke sini, sebenarnya ladang ni bersebelahan jer dengan dreamworld resort, boleh nampak dari balkoni bilik..sebab utama kenapa kami pilih untuk menginap kat situ. Walaupun pagi tu hujan renyai2 + kabus ngan angin yang sudah tentu membuatkan kami kesejukkan yang amat sangat..tapi semangat nak tengok lembu2 tu menyebabkan kami redah ajerlah..seterusnya kita layan jerlah laporan bergambar dibawah..hehehe..
sampai2 jer hujan..huhu..lepas ambil bayar dan ambil tiket kami pun terus masuk ladang..
cuaca kat kaki gunung ni mmg mcm tu, agak crazy2 sikit..sekejap hujan..kejap berkabus kejap lagi berangin..biasalah hujung tahun kan..seterusnya aktiviti wajib ambil gambar..snap sana..snap sini..layannnn..
kakak ngan aksi sakit giginya..
lariii..raksasa ada raksasa gorgon berbaju merah..hahaha..
wahhh!!! tetiba jer otomen ni muncul..fireee..dush!dush! a ada api pun...sejukke?
disebabkan hujan aktiviti bergambar dihentikan buat sementara waktu..cari bangunan utk berteduh..
sebahagian daripada kandang lembu..
kilang memproses susu lembu..
sabah..tanah airku..negeri kita yang tercinta...
cunnya..maskot desa cattle tu..
pemandangan dari anjung tinjau dalam bangunan..
mesin memproses susu lembu..teringat tajuk pengeluaran semester 1..best ni kalau dapat bw students utk lawatan belajar disini..
bahagian logistik..tengok tu susu lembu yg diproses dah habiss dipek dan dihantar utk pasaran sabah, sarawak dan brunei...kempunan kitaorg nak minum susu cokelat..
kat sini juga ada dijual souvenir buat kenang2an..nak beli fridge magnet tu tapi dah habis..waaa..semua pun dah habiss..kat dalam bangunan ni pun ada kiosk yg jual makanan dan minuman..aiskrim susu pelbagai perisa pun ada..fresh dari mesin..hehehe..
bila dah x berapa nak hujan..khalif sibuk nak bg makan anak lembu..katanya kesian anak lembu tu dah lapar..oklah kitaorg pun pglah kat kandang anak lembu..
semangat nak tgk anak lembu..hujan pun redah jer...
aktiviti kat calf pen lebih kepada bagi makan anak lembu..ermm kambing pun ada juga, RM1 untuk rumput dan RM1.50 untuk sebotol susu lembu untuk anak lembu..
Tekunnya kakak bagi anak lembu tu susu..hehehe bolehlah bagi adik baru lepas ni..
baby mel pun x ketinggalan jugak..
kat calf pen ni best tapi yang x bestnya bau bucukkk!! kembang kempis hidung adik tahan bau bucuk tueww..hihi
akhirnya bila hujan dah reda kami pun bersedia utk aktiviti setrusnya..bye2..anak lembu..
apa lagi bergambarlah lagi...ni aksi otomen mebius dah kuar pun..
mama kepada otomen2 tu..hhu ada juga gambar aku..
Sebelum balik,..kami bergambar dan bergambar lagi..itu jerlah yang boleh dibawa balik kan..ikutkan hati nak bw balik lembu2 tu, bila dah puas berposing sakan kami pun lapar..so baliklah lagi pun cuaca x mengizinkan utk kami terus bergambar2..dalam hati sayangnya gunung kinabalu tu x muncul2..kalau x mesti gambarnya lebih super duper cun giteww..
Esoknya, hari ke3..alhamdulillah cuaca pagi begitu cun sekali.tersegam indah gunung kinabalu...kalau semalam mcm hari ni kan best..jadi lepas bekfes je kami singgah semula kat situ..kali ni x masuk sebab nak ambil pemandangan desa cattle berlatar belakangkan gunung kinabalu jer..tapi nampaknya bukan rezeki kami ..sampai jer kat situ gunung kinabalu bersembunyi di sebalik awan dan kabus yg x berapa nak tebal..lain kalilah kut..
beriya2 adik menunjukkan tiket masuk yg dibeli semalam..x laku dah dik..dah expired..
muka frust lah tu..
khalif yang bajet macho gitu..
adikk...
otomen2 di belasah teruk dek raksasa gorgon berbaju merah..
lagi aksi perasan macho anak2 kami..
akhir sekali...bye2 lembu..
jumpa lg..
Desa cattle farm memang cantik..jika anda berangan2 untuk bercuti ala2 New Zealand tapi x berapa nak mampu (macam kami ni,,huhu) silalah datang disini..cuaca yang agak berkabus dengan suhu rendah ditambah pula kedudukannya yang terletak di kaki gunung kinabalu menjadikannya sebagai ladang lembu yang yg lain daripada yang lain serta mampu membuatkan anda perasan sekejap berada di oversea. tambahan pula lembunya memang lembu2 tenusu yg dimport khas dari luar negara.tidak hairanlah tempat ni menjadi tarikan utama di pekan kundasang, x kurang juga yang menjadikan ladang ni tempat utk pengantin baru mengabdikan gambar perkahwinan mereka..memang sangat2 cantik!
Comments
Post a Comment