Aku Yang Tetap Setia..
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..
Entah mengapa sejak dua menjak ini aku jadi rimas, bosan dan muak melihat wall mukabuku ku yang semak dengan kata2 yang berbau kritikan, menentang itu dan ini, menolak segala kebaikan dan menafikan usaha murni kerajaan. Segalanya buruk pada pandangan mereka. Mengapa? Adakah kerana hati mereka juga seburuk itu sehinggakan kata2 yang di hamburkan semuanya buruk2 belaka. Apakah yag mereka lalui hingga sanggup mengatakan kerajaan itu zalim? tertanya2 dimana zalim dan kejamnya? Mungkinkah mereka golongan yg kecewa, mengharapkan itu dan dikala orang lain berhempas-pulas berdiri di atas kaki sendiri. Dan bila melihat kejayaan orang lain mereka iri hati, berharap hidup senang dengan hanya meminta2, mengharapkan biasiswa dan subsidi kerajaan. Dan apabila masih tidak maju juga mereka menjerit "Zalimnya mereka!" Entahlah..aku pun tidak berapa pasti, yang pasti aku benar-benar pasti yang "Aku masih Setia"!
Fikiranku melayang teringat seseorang. Teman rapat rasanya.teman sepermainan dan teman bergosip. Entahlah..mengapa berapi2 katany, itu salah, ini salah, ada kalanya kata2nya sudah tidak beralas lagi. mencaci dan mengeji atas nama politik agama. Tidakkah dia ingat atas bantuan pinjaman kerajaanlah dia dapat melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej kerajaan di sebuah negeri di Semenanjung, Walaupun result STPMnya hanyalah nyawa2 ikan sahaja dan mungkin dia sudah lupa agaknya bagaimana dia mensia2kan bantuan itu. Gagal menamatkan pelajarannya dan akhirnya memilih karier sebagai suri rumah dan kerjanya siang malam menyalahkan kerajaan.
Aku pasti aku tidak minat politik dan tidak pandai berpolitik..kerana aku bukan orang politik.Aku hanyalah orang kerajaan dan pastinya aku setia pada kerajaan kerana aku berkhidmat untuk kerajaan dan pastinya hanya untuk negaraku yang tercinta. Bertanya pada diri apa yg boleh aku beri setelah banyak yang aku terima. Aku masih setia kerana hampir 34 tahun aku banyak menerima, bermula dari tadika percuma, sekolah percuma, buku teks percuma, susu kotak percuma, malahan buku tulis dan pensil juga percuma. Cuma di sekolah menengah aku perlu bayar, itu pun cuma beberapa puluh ringgit sahaja..berpuluh kali ganda murah jika dibandingkan dengan sekolah swasta. Hanya suku daripada biasiswa persekutuan yang aku terima. Begitu juga dengan asrama, RM25 sebulan dengan lima kali makan sehari..sesungguhnya aku bertuah sebagai rakyat Malaysia. Tidak cukup dengan itu Bantuan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ku terima dari Matrikulasi hinggalah semester terakhir pengajianku di universiti. Banyak jasanya duit kerajaan itu, duit itu jugalah yang sebahagiannya aku kirim buat belanja sekolah adik2 dan sempat juga ku pinjamkan kepada sahabat yg terdesak kerana ibunya memerlukan duit di kampung. Setiap sen ku belanjakan dengan penuh berhemah. Tidak pernah terlintas digunakan untuk membeli handphone atau bermewah-mewah.
Sehingga kini aku masih menikmati bantuan kerajaan, beli rumah dengan pinjaman kerajaan, ketiga2 anakku juga dilahirkan di hospital kerajaan yang pastinya percuma. Agaknya kalau ke hospital swasta paling tidak mau terbang dalam RM 4k seorang..maklumlah ketiga2nya ikut tingkap. Tahun ini puteri sulungku tahun satu di sekolah kerajaan, bantuan persekolahan RM100 yang diterima akan digunakan sebaiknya.
Awal tahun ini aku terima surat cinta dari LHDN...bukan bantuan BRIM 2.0 tapi....
Dalam hati " habislah bonus setengah bulan gaji"..apa pun dengan rela hati ku izinkan. Aku bukanlah orang kaya, tapi dengan lapang dada " aku telah banyak menerima, mungkin sesekali aku perlu memberi". Walaupun aku tahu jumlahnya tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan bantuan yang aku nikmati selama ini. Kerajaan juga ibarat isi rumah, perlu pendapatan untuk membayar itu dan ini. Perlu dana untuk memakmurkan negara, membina itu dan ini untuk memenuhi keperluan rakyat yang kadangkala yang lebih kepada kehendak sebenarnya. Pening juga yer, sedangkan dalam organisasi kecil seperti keluarga contohnya, belum tentu si bapa sebagai ketua keluarga mampu memenuhi kehendak anak-anak, seorang nak i pad yang sorang lagi nak psvita bagai..adoii.. itu belum lagi kehendak si isteri. Ada kalanya seperti beri betis nak peha..kalau tahun lepas langsir RM5 semeter..raya tahun ni nak yang RM 50 semeter..dengan alasan.."eh bukankan gaji abang dah naik?". hurm boleh botak ketiak mcm ni..huhu..Alangkah baiknya kalau setiap isi rumah bersyukur dengan apa yang ada..berbelanja secara berhemah pendek kata jadilah pengguna yang bijak berbelanja. (nasihat untuk diri sendiri sebenarnya)..
Apa yang aku tulis ini adalah pendapat dan pendirian peribadi. Bukan bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa. Kerana baik buruk sesuatu terpulang kepada orang yang menilainya. Jika dipandang dari sudut yang buruk maka buruklah ia begitu jga sebaliknya.Biarlah mereka berkata itu dan ini..cercalah banyak mana yang mereka suka, sememangnya mereka mmg begitu. Memilih itu hak anda dan juga milik saya..tidak perlu bertkam lidah, putus saudara dan saling fitnah-memfitnah, kerana akhirnya kita semua bersaudara dan jangan pula nanti kita menang bersorak, kampung tergadai. Aku bukanlah sesiapa, cuma hambaNya yang kerdil jua, namun aku tetap SETIA kerana aku cinta pada agama..bangsa dan negara..

Comments
Post a Comment