Hadiah tahun baru untuk mama..
Assalammualaikum.. Sayonara 2012..Hej 2013!.. Masih tidak terlambat utk aku mengucapkan salam 2013 untuk semua. Doaku semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. 2012, ku tinggalkan kau dengan seribu kenangan dan pengajaran yg pasti sebahagiannya akan ku jadikan bekalan untuk 2013 ini. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan utk melaksanakan tanggungjawab sebagai anak,kakak, isteri, mama, cikgu dan yang pasti, hambaNya yang Maha esa dan di ambang 2013 ini, ingatanku melayang teringatkan insan teristimewa yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati kami.... Dia tidak kaya harta, tapi kami tidak pernah miskin kasih dan sayangnya, Dia bukanlah "iron lady". namun cukup gagah membesarkan kami, Dia tidak tinggi pelajarannya, tapi cukup bijak untuk menyedarkan kami pentingnya ilmu, Dia bukan artis mahupun primadona terkenal, namun suaranya mampu menenangkan hati, Dia bukanlah peguam mahupun ahli politik yang bijak mengatur b...